web statsweb stats

Berita Terkini

1 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dakwaan Najib Tiada Di Sel, Diberi Rumah Khas Tak Benar - Penjara

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Sep 2022 5:57PM

Jabatan Penjara Malaysia menafikan dakwaan pihak tertentu bahawa Najib Razak tidak menjalani hukuman di sel penjara. - Gambar tangkap layar laman Facebook Jabatan Penjara Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR- Jabatan Penjara Malaysia menafikan dakwaan pihak tertentu bahawa Datuk Seri Najib Razak tidak menjalani hukuman di sel penjara, sebaliknya ‘menginap’ di sebuah kediaman pegawai kanan pusat tahanan itu di Kajang.

Menerusi penafian dimuat naik di Facebook jabatan berkenaan hari ini, pihaknya meminta supaya orang ramai menghentikan penyebaran dakwaan itu kerana ia tidak sahih.

“Maklumat tidak sahih. Hentikan penyebarannya,” katanya menerusi perkongsian tangkap layar Whatsapp dakwaan terbabit dengan jabatan itu meletakkan perkataan ‘PALSU’.

 

Maklumat tidak sahih. Hentikan penyebarannya.

Posted by Jabatan Penjara Malaysia on Tuesday, September 6, 2022

Terdahulu, tular di media sosial dua paparan berkenaan yang mendakwa penghantar memaklumkan bahawa mantan Perdana Menteri itu tiada di sel, sebaliknya menetap di rumah pegawai kanan penjara.

“Najib tidak ada dalam sel. Kawan baik sepupunya pegawai kanan penjara di Kajang maklumkan Najib diberikan rumah di kawasan berhampiran.

“Kediaman ini dikhaskan untuk pegawai kanan penjara,” menurut paparan Whatsapp itu.

Pada 23 Ogos lalu, Najib dijatuhkan hukuman penjara selama 12 tahun dan denda sebanyak RM210 juta atas tujuh pertuduhan yang membabitkan penyalahgunaan kuasa, pengubahan wang haram dan penyelewengan dana berjumlah RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Keputusan itu dibuat sebulat suara panel lima hakim yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, selepas mendapati hujah peguam pembelaan Najib sememangnya tidak konsisten dan gagal menimbulkan keraguan munasabah. – Getaran, 7 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Titah Adendum: Najib Fail Rayuan Untuk Tahanan Rumah

2

Kolum 5 bulan yang lalu

Najib Razak: Segalanya Telah Berakhir

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Kes Najib: Hormati Keputusan Hakim, Tangani Isu Dengan Bijaksana - PM

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Penjara Di Rumah Atau Di Kajang, Nasib Najib Ditentukan Januari 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam