web statsweb stats

Berita Terkini

5 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Samakan Situasi Najib Dengan Nabi Yusuf Perbuatan Jelik, Melampau

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Sep 2022 12:06PM

Mohd Nizar - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan Datuk Mohd Nizar menyamakan ayahnya, Datuk Seri Najib Razak dengan Nabi Yusuf amat tidak wajar dan menimbulkan rasa ‘jelik’ pelbagai pihak, khususnya umat Islam.

Ahli Parlimen Raub, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji berkata, membuat persamaan antara tuduhan palsu diterima Nabi Yusuf sehingga baginda di penjara dengan mantan Perdana Menteri itu juga disifatkan keterlaluan, selain ‘mencipta kisah lucu’.

“Saya memahami, sebagai seorang anak, adalah wajar untuk bersedih dengan tuduhan bersalah dan hukuman penjara ke atas bapanya oleh mahkamah. Perasaan itu adalah salah satu sifat manusiawi, fitrah yang Allah SWT letakkan dalam jiwa insan.

“Namun, tindakan menagih simpati menggunakan sentimen agama menyamakan dugaan itu dengan Nabi Yusuf amat tidak wajar, malah menimbulkan rasa meluat,” katanya menerusi kenyataan kepada Getaran, hari ini.

Terdahulu, Nizar menerusi program di Pekan Pahang, baru-baru ini menegaskan, terdapat hikmah daripada hukuman penjara dikenakan terhadap Najib.

Beliau melihat perkara itu mempunyai persamaan dengan apa dilalui Nabi Yusuf dan tokoh anti-apartheid, Nelson Mandela.

“Mungkin ini adalah cara Allah S.W.T untuk angkat darjat ayahanda dengan lebih tinggi. Itulah berlaku kepada Nabi Yusuf yang dipenjarakan atas tuduhan palsu.

“Apabila bebas baginda diangkat sebagai menteri berkuasa lagi bijaksana di Mesir.

“Itu berlaku kepada Nelson Mandela yang menentang dasar aparteid apabila bebas beliau diangkat sebagai Presiden Afrika Selatan yang berjaya menyatupadukan orang kulit putih dan bangsa Afrika.

“Yang pasti tuhan tidak akan uji lebih dari kemampuan kita untuk hadapinya,” katanya.

 Lantaran itu, Tengku Zulpuri menegaskan tidak hairanlah ketika ini agama sering diheret ke kancah politik murahan dan ditunggang untuk berkuasa demi mengaburi kesalahan dilakukan.

Menurut Timbalan Setiausaha Agung DAP itu, apa yang dilalui Najib adalah keputusan adil dari mahkamah berlandaskan undang-undang ditetapkan.

“(Keputusan) Najib merupakan proses undang-undang dan penghakiman dari Mahkamah Rendah, Mahkamah Tinggi, Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan, malah badan kehakiman sudah memberi peluang untuk beliau membuktikan dirinya jika tidak bersalah.   

“Saya juga bersetuju dengan titah baginda Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bahawa Pengampunan (Diraja) tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya.  

“Sejarah membuktikan bahawa kejatuhan kerajaan yang unggul pada ketika itu berlaku akibat salah guna kuasa, rasuah, pengkhianatan dan pemerintahnya menjalankan hukuman tidak adil serta berpilih-pilih. Kita tidak mahu mengulanginya,” katanya. - Getaran, 7 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Titah Adendum: Najib Fail Rayuan Untuk Tahanan Rumah

2

Kolum 5 bulan yang lalu

Najib Razak: Segalanya Telah Berakhir

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Kes Najib: Hormati Keputusan Hakim, Tangani Isu Dengan Bijaksana - PM

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Penjara Di Rumah Atau Di Kajang, Nasib Najib Ditentukan Januari 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 4 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar