web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Program Visa Premium, 20,000 Permohonan Dalam 24 Jam

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Sep 2022 5:42PM

Hamzah (dua dari kiri) menyampaikan dokumen pengenalan diri dan surat keputusan Permohonan Kewarganegaraan kepada masyarakat Siam pada Program Mekar Bersama Masyarakat Siam di PUSAPEN, hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ARAU - Sebanyak 20,000 permohonan diterima oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi ejen dalam tempoh 24 jam pelancaran fasa pertama Program Visa Premium (PVIP) Malaysia, Khamis lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata pada fasa pertama, kerajaan menetapkan tidak lebih daripada 25,000 permohonan.

Beliau berkata  Kabinet sebelum ini bersetuju agar pemohon perlu membayar yuran penyertaan sebanyak RM200,000 sekali sahaja serta yuran RM100,000 sekali sahaja akan dikenakan untuk setiap tanggungan.

“Jika menerima pemohonan menggalakkan, kita mungkin akan menaikan kadar yuran pada fasa berikutnya,” katanya kepada pemberita  selepas perasmian Program Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) bersama masyarakat Siam di Pusat Latihan Penjara (PULAPEN), Pusat Koreksional Perlis, hari ini.

Pelaksanaan PVIP Malaysia dilihat mampu membawa masuk pelaburan ke negara ini dengan menarik hartawan global menetap dan melabur di negara ini.

Mengenai program MEKAR, Zainudin berkata ia memudahkan urusan masyarakat Siam di negeri itu menukar maklumat keturunan dalam kad pengenalan daripada bangsa Thai kepada Siam bagi membolehkan mereka mendapat manfaat yang sama seperti bumiputera.

Katanya, dalam sistem Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), maklumat kad pengenalan seramai 8,910 penduduk Siam adalah keturunan bangsa Thai.

Beliau berkata masyarakat Siam di Kedah, Kelantan, Perak dan beberapa negeri lain diminta untuk menguruskan permohonan kad pengenalan baharu di pejabat JPN berhampiran kediaman masing-masing.

Program tersebut turut dihadiri Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, Ketua Pengarah JPN, Datuk Ruslin Jusoh, Setiausaha Kerajaan Perlis, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad dan Pengerusi Persatuan Siam Malaysia, Senator Ak Nan a/l Eh Took. - Bernama          

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi