web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 17 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Saksi Tak Pasti Surat Sokongan Pinjaman RM1 Bilion Oleh 1MDB Dibentang Kepada Parlimen

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Sep 2022 3:33PM

1Malaysia Development Berhad - Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang saksi memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini beliau tidak pasti sama ada proses pengeluaran surat sokongan bagi membuat pinjaman RM1 bilion yang dikemukakan oleh syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada Kementerian Kewangan dibentangkan di Parlimen atau tidak.

Bekas Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, Datuk Siti Zauyah Mohd Desa, 63, berkata kebiasaannya, pihak Kementerian Kewangan akan membuat usaha wajar dan melalui proses yang sepatutnya iaitu pembentangan mengenai pinjaman di Kabinet dan seterusnya di Parlimen bagi mendapat kelulusan Jemaah Menteri.

Bagaimanapun, Siti Zauyah berkata bagi 1MDB yang merupakan syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD), beliau tidak pasti sama ada proses pembentangan di Parlimen mengenai pinjaman berkenaan dilakukan atau tidak.

Beliau berkata demikian ketika pemeriksaan balas oleh peguam Wan Aizuddin Wan Mohammed yang mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak pada perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram dana RM2.3 bilion milik 1MDB yang dihadapi bekas perdana menteri itu.

Wan Aizuddin kemudian merujuk saksi pendakwaan ke-26 itu kepada pernyataan saksinya yang menyatakan bahawa Kementerian Kewangan tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai 1MDB untuk melakukan usaha wajar, tetapi surat sokongan itu tetap diproses berdasarkan arahan Najib, yang juga Menteri Kewangan ketika itu.

Wan Aizuddin: Boleh Datuk terangkan bagaimana arahan oleh Datuk Seri Najib ini diberikan? Adakah ia secara formal atau tidak formal?

Siti Zauyah: Saya tidak ingat.

Wan Aizuddin: Jadi apa asas kenyataan Datuk? Mesti ada peristiwa atau dokumen tertentu yang membuat Datuk membuat kenyataan ini.

Saksi tidak menjawab soalan itu. 

Wan Aizuddin seterusnya merujuk kepada penambahan yang dibuat oleh Siti Zauyah dalam pernyataan saksinya, iaitu beliau menyatakan telah memohon untuk mendapatkan dokumen berkaitan 1MDB daripada Pejabat Perdana Menteri, tetapi tidak mendapat sebarang jawapan.

Saksi bagaimanapun menafikan membuat kenyataan itu dan berkata beliau hanya memohon dokumen daripada 1MDB dan bukan daripada Pejabat Perdana Menteri.

“Saya memang ada berurusan dengan Pejabat Perdana Menteri tetapi bukan secara langsung. Saya hanya berhubung dengan arwah Datuk Azlin Alias (bekas Setiausaha Sulit Khas Najib),” katanya.

Najib, 69, berdepan empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

2

Semasa 4 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Dera Kanak-Kanak Lelaki Secara Seksual: Penjaga Rumah Kebajikan Dipenjara 36 Tahun, 6 Sebatan 

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Politik 15 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad