Berita Terkini

9 jam yang lalu: Seludup dadah, 9 PATI Thailand ditahan di Korea Selatan 9 jam yang lalu: Afghanistan terima bantuan tunai US$40 juta 9 jam yang lalu: Dewan Rakyat lulus pindaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 9 jam yang lalu: Pemimpin parti politik komited capai sasaran 30 peratus wanita calon PRU-15 12 jam yang lalu: DUN Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang hanya akan bubar tahun hadapan - Majlis Presiden Pakatan Harapan

IKUTI KAMI


Abdul Azeez Kekal Hadapi 9 Pertuduhan, 4 Tuduhan Pengubahan Wang Haram Dibatalkan

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 05 Sep 2022 12:25PM

Abdul Azeez Abdul Rahim - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Bekas Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan hari ini untuk membatalkan tiga pertuduhan rasuah dan enam pertuduhan pengubahan wang haram.

Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Seri Kamaludin Md Said, Datuk Abu Bakar Jais dan Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali memutuskan sembilan pertuduhan yang dikenakan terhadap Abdul Azeez tidak cacat.

Keputusan sebulat suara itu yang dibacakan oleh Hakim Abu Bakar turut memerintahkan perbicaraan kes Abdul Azeez di Mahkamah Sesyen diteruskan bagi sembilan pertuduhan itu.

Bagaimanapun mahkamah membenarkan sebahagian rayuan Abdul Azeez iaitu membatalkan empat pertuduhan pengubahan wang haram.

Abdul Azeez, 55, didakwa di Mahkamah Sesyen atas tiga pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM5.2 juta berhubung projek jalan raya di Perak serta Kedah dan 10 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan sejumlah RM13.9 juta yang didakwa diterimanya daripada Menuju Asas Sdn Bhd. 

Perbuatan itu didakwa dilakukan di CIMB Bank, Jalan Tun Perak di Kuala Lumpur pada 8 Dis 2010 dan di Affin Bank, Pusat Bandar Puchong, Selangor pada 13 Jun 2017 dan 10 April 2018.

Bagi kesalahan pengubahan wang haram, beliau didakwa melakukan kesalahan itu di kawasan Lembah Klang antara 8 Mac 2010 dan 30 Ogos 2018.

Abdul Azeez merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 12 Mac tahun lepas yang menolak permohonannya untuk membatalkan tiga pertuduhan rasuah dan 10 pertuduhan pengubahan wang haram.

Dalam keputusan itu, Hakim Abu Bakar melepas dan membebaskan Abdul Azeez bagi pertuduhan ketiga, ketujuh, kelapan dan kesembilan selepas menarik balik pertuduhan itu yang tidak menyatakan lokasi sebenar kesalahan dilakukan dan hanya dinyatakan di Lembah Klang.

Hakim juga berkata tiada pendakwaan politik terhadap Ahli Parlimen Baling itu.

Hakim Abu Bakar juga tidak bersetuju dengan hujahan Abdul Azeez bahawa pertuduhan yang difailkan terhadapnya dilakukan secara mala fide (niat jahat). 

Hakim meneruskan keputusannya hari ini selepas Timbalan Pendakwa Raya Aslinda Ahad memberitahu mahkamah bahawa tiada arahan untuk menjawap empat representasi Abdul Azeez berhubung pertuduhannya itu.

Beliau memaklumkan kepada mahkamah, Peguam Negara telah menerima kertas siasatan dan minit daripada pengarah siasatan kanan SPRM pada 2 Sept dan dokumen telah diberikan kepadanya.

Beliau (Aslinda) berkata selepas taklimat arahan yang diberikan kepadanya adalah untuk menghadiri mahkamah hari ini bagi mendapatkan keputusan rayuan Abdul Azeez dan tiada arahan untuk menjawab representasi Abdul Azeez.

Peguam Amer Hamzah Arshad memberitahu mahkamah perbicaraan Abdul Azeez ditetapkan untuk sebutan di hadapan Mahkamah Sesyen pada Rabu ini.

Di luar mahkamah, Amer Hamzah memberitahu pemberita bahawa anak guamnya menerima keputusan itu tetapi akan meneruskan representasinya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 hari yang lalu

Kes Terima Suapan, Salah Guna Kuasa Membimbangkan Di P Pinang - Azam

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Tambah Baik Undang-Undang Rasuah, Hukuman Perlu Lebih Berat - Pemerhati

3

Semasa 1 minggu yang lalu

‘Bukan Sahaja Bilis Tapi Jerung Pun Kami Siasat’ - SPRM

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pendakwaan Fail Rayuan Terhadap Pembebasan Ahmad Zahid

Sorotan

1

Apa Keperluan Adakan PRU-15 Ketika Banjir?, Kepercayaan Terhadap PM Masih Solid

2

Berani Mengaku Bersalah, Zul Ariffin Dipuji Netizen

3

Kerajaan Tak Bercadang Tawar Ganjaran Kesan Jho Low, Red Notice Sudah Memadai

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Temu Duga Pengambilan Pekerja Asing Dikekal Di Setiap Negeri

oleh Sofian Baharom

Semasa 16 jam yang lalu

'Wang Itu Hadiah Daripada Suami dan Mentua, Tidak Dikenakan Cukai' - Nooryana

oleh Wartawan The Vibes

Politik 1 hari yang lalu

PRU-15: Ceraikan PN Jika PAS Mahu Bersama UMNO - Ahmad Zahid

oleh Danial Dzulkifly

Sukan 23 jam yang lalu

JDT Lakar Kemenangan, Benam KDA FC 3-1