Berita Terkini

9 minit yang lalu: Aplikasi MySejahtera akan dijadikan alat pengurusan kesihatan awam negara - Khairy 29 minit yang lalu: Angka kematian letupan bunuh diri Afghanistan meningkat 53: UNAMA 34 minit yang lalu: 12 peratus anak muda suarakan isu politik berkaitan kestabilan, prestasi kerajaan serta kualiti dan kematangan pemimpin menerusi Idea Bina Negara - PM 34 minit yang lalu: Platform digital Idea Bina Negara terima lebih daripada 12,000 idea anak muda seluruh negara - PM 35 minit yang lalu: BNM guna instrumen dasar operasi bagi memastikan keadaan teratur dalam pasaran pertukaran asing - Tengku Zafrul

IKUTI KAMI


Hampir RM400 Bilion Diperlukan Atasi Masalah Banjir Hingga 2100 - Tuan Ibrahim

Semasa Dikemaskini 4 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 05 Sep 2022 12:18PM

Menteri Alam Sekitar dan Air merangkap Ahli Parlimen Kubang Kerian Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man ketika ditemui media selepas Majlis Simposium Perubahan IKLIM 2022 di Bangunan Parlimen hari ini - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) menganggarkan memerlukan peruntukan sebanyak RM392 bilion sebagai langkah jangka panjang mengatasi masalah banjir di negara ini hingga 2100.

Menterinya Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata kesungguhan kerajaan dalam menangani isu perubahan iklim ditunjukkan melalui pelaburan besar kepada sektor air negara.

Beliau berkata ia termasuk peruntukan RM15 bilion secara ‘off budget’ untuk tempoh lapan tahun bermula 2023 hingga 2030 bagi projek tebatan dan penyelesaian banjir serta pembinaan struktur sabo di kawasan kritikal yang terjejas teruk akibat Monsun Timur Laut.

“Untuk langkah jangka masa panjang hingga tahun 2100, KASA menganggarkan peruntukan sebanyak RM392 bilion diperlukan bagi mengatasi masalah banjir di Malaysia. 

“Anggaran kos ini antara lain merangkumi komponen utama tebatan banjir dan saliran bandar sebanyak RM230.71 bilion serta infrastruktur pantai RM126.55 bilion,” katanya ketika berucap pada Simposium Perubahan Iklim 2022 anjuran Pejabat Ketua Pembangkang dengan kerjasama Pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Parlimen di sini hari ini.

Tuan Ibrahim berkata KASA komited dalam memastikan kesejahteraan rakyat melalui langkah jangka sederhana dan panjang termasuk pembangunan infrastruktur perlindungan khususnya bagi bencana berkaitan air.

Di samping itu, menurutnya faktor perubahan iklim turut diambil kira dalam penyediaan reka bentuk pembangunan bagi memastikan infrastruktur air yang dibangunkan berdaya tahan terhadap kesan fenomena perubahan iklim.

“Kementerian juga sedang merangka pelaksanaan adaptasi perubahan iklim. Peningkatan suhu global akan meningkatkan lagi risiko bencana dan kesan langsung kepada kesejahteraan rakyat dan ekonomi. 

“Dalam hal ini, kerajaan telah membangunkan Agenda Transformasi Sektor Air Negara 2040 bermula dengan Rancangan Malaysia Ke-12 hingga ke Rancangan Malaysia Ke-15,” katanya.

Beliau berkata agenda itu turut memberi fokus kepada usaha pengukuhan tadbir urus sektor termasuklah mengarusperdanakan adaptasi dalam pengurusan risiko banjir dengan mengambil kira integrasi pengurusan risiko bencana melalui mitigasi jangka panjang dan pendek pengurusan banjir.

Selain itu, Tuan Ibrahim berkata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersetuju mengetuai delegasi negara ke Sidang Kemuncak Ketua Negara dan Kerajaan pada 6 Nov 2022 di Persidangan ke-27 Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (COP27-UNFCCC) di Sharm El Sheikh, Mesir.

Sementara itu, Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun dalam ucapan pembukaannya berkata masalah banjir yang sering dikaitkan dengan perubahan iklim memerlukan setiap Ahli Parlimen memainkan peranan dalam membina kesedaran terhadap krisis iklim di kawasan masing-masing. 

Beliau berkata Ahli-Ahli Parlimen boleh memainkan peranan dengan melibatkan diri dan aktif dalam pertubuhan masyarakat sivil antaranya berkaitan dengan perubahan iklim, pembangunan mampan, bantuan kemanusiaan dan bencana termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan kumpulan belia. 

"Penglibatan ahli Parlimen dalam masyarakat sivil ini mampu menyumbang pengalaman dan bimbingan dalam memberi bantuan kepada masyarakat setempat yang terjejas akibat bencana," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Wai Ching Cipta Rekod Baharu Di Space Needle, Seattle

2

‘Saya Akan Sekolahkan Kamu, Harap Guan Eng Tak Kecut’ - Saravanan

3

Syarikat Permainan Malaysia Catat Jualan Eksport RM124.67 Juta Di Tokyo Game Show

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Usaha Pulih MN Mesti Berpandukan Prinsip, Semangat Piagam Asal Dimeterai

oleh Farhana Farush

Semasa 14 jam yang lalu

Halang Rakyat Malaysia Kerja Di Kemboja Sehingga Sindiket Dibanteras

oleh Sofian Baharom

Semasa 4 jam yang lalu

Kanak-Kanak 3 Tahun Maut Dipercayai Didera Rakan Bapa, Pembantu Rumah

Politik 1 hari yang lalu

UMNO Mahu PRU-15 Disegerakan Kerana Sokongan Melayu Merudum - Rafizi

oleh Ian McIntyre