web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Najib Masuk Hospital, Zahid Luah Kesedihan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Sep 2022 5:38PM

Ahmad Zahid Hamidi - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersedih selepas mengetahui Datuk Seri Najib Razak dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini untuk menerima rawatan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk turut memohon orang ramai agar mendoakan Najib diberi kesembuhan dan dijauhkan daripada sebarang bahaya.

“Saya berasa sedih menerima perkhabaran Najib terpaksa dikejarkan ke HKL untuk menerima rawatan.

“Bersama kita mendoakan semoga Allah SWT memberi kesembuhan kepada beliau dan sentiasa melindunginya daripada sebarang bahaya,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook, hari ini.

Pada masa sama, beliau turut memberi kata-kata semangat kepada ahli keluarga Najib.

“Kepada seluruh ahli keluarganya, saya berharap mereka semua tetap tabah dan cekal. InsyaAllah kebenaran akan terlihat apabila tiba masanya,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan Najib dimasukkan ke hospital namun keadaannya kini stabil dan sedang melalui pemeriksaan perubatan yang diperlukan.

Pegawai khas Najib, Muhammad Mukhlis Maghribi mengesahkan mantan perdana menteri itu masih dalam pemerhatian doktor namun tidak memberitahu penyakit dialaminya.

“Ya, Datuk Seri masih dan sedang dirawat di HKL. Beliau dalam keadaan stabil. Saya ingin berterima kasih kepada pihak penjara dan hospital atas kerjasama dan bantuan yang diberikan,” katanya.

Najib, 69, memulakan hukuman penjara 12 tahun di Penjara Kajang dan denda RM210 juta bermula 23 Ogos lalu selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan ke atasnya dalam kes penyelewengan dana SRC International. 

Panel lima hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara mengekalkan sabitan salah yang dikenakan terhadap mantan Presiden UMNO itu. 

Keputusan tersebut menjadikan Najib sebagai mantan perdana menteri Malaysia yang pertama dihukum penjara dan menjadi tumpuan seluruh dunia.

Sementara itu, isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor pada Jumaat lalu pula dijatuhi  hukuman 10 tahun penjara dan denda RM970 juta oleh Mahkamah Tinggi selepas didapati bersalah meminta suapan RM187.5 juta dan menerima suapan RM6.5 juta. - Getaran, 4 September 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 minggu yang lalu

Desak Letak Jawatan: ‘Saya Jumpa Presiden Untuk Mohon Maaf Secara Peribadi’ - Onn Hafiz 

2

Politik 1 bulan yang lalu

Politik Melayu Akan Lemah Jika Terus Dibelenggu Perpecahan - Ahmad Zahid

3

Kolum 1 bulan yang lalu

Mampukah Zahid Bergelar Perdana Menteri? 

4

Politik 1 bulan yang lalu

UMNO Tidak Pernah Berhasrat Jadi Pembangkang Di Negeri Sembilan - Ahmad Zahid

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad