web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Najib Dimasukkan Ke Hospital, Dalam Keadaan Stabil - Pegawai

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Sep 2022 3:19PM

Najib Razak - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun di Penjara Kajang telah dimasukkan ke hospital.

Pegawai Najib yang mengesahkan perkara itu kepada Astro Awani menambah, Ahli Parlimen Pekan  tersebut berada dalam keadaan stabil dan kini sedang menjalani prosedur perubatan yang diperlukan.

"Ya, (Najib) berada dalam keadaan stabil dan sedang menerima pemeriksaan perubatan yang diperlukan," kata pegawai itu.

Difahamkan Najib dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana keadaan kesihatan yang tidak didedahkan.

Sementara itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan rasa sedihnya terhadap berita tersebut dan meminta orang ramai mendoakan agar Najib cepat sembuh serta dilindungi daripada penyakit.

"Saya berasa sedih menerima perkhabaran Najib terpaksa dikejarkan ke HKL untuk menerima rawatan.

"Bersama kita mendoakan semoga Allah memberi kesembuhan kepada beliau dan sentiasa melindunginya daripada sebarang bahaya," katanya menerusi satu hantaran di Facebook, hari ini.

Pada 23 Ogos lalu, Najib menjadi mantan perdana menteri yang pertama menjalani hukuman penjara, selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan ke atasnya dalam kes penyelewengan dana SRC International. 

Selain hukuman penjara 12 tahun, Mahkamah Persekutuan turut mengekalkan denda RM210 juta yang dikenakan Mahkamah Tinggi terhadap Najib.

Panel lima hakim yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat berkata, keputusan Mahkamah Tinggi adalah betul dan pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah.

Sementara itu, UMNO Bahagian Pekan hari ini mengadakan acara solidariti untuk Najib di Dataran Pekan, dengan Datuk Zaid Ibrahim, yang bertindak sebagai salah seorang peguam beliau semasa kes rayuan akhir di Mahkamah Persekutuan, berucap kepada penyokong yang hadir. – The Vibes, 4 September 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 minggu yang lalu

Desak Letak Jawatan: ‘Saya Jumpa Presiden Untuk Mohon Maaf Secara Peribadi’ - Onn Hafiz 

2

Politik 1 bulan yang lalu

Politik Melayu Akan Lemah Jika Terus Dibelenggu Perpecahan - Ahmad Zahid

3

Kolum 1 bulan yang lalu

Mampukah Zahid Bergelar Perdana Menteri? 

4

Politik 1 bulan yang lalu

UMNO Tidak Pernah Berhasrat Jadi Pembangkang Di Negeri Sembilan - Ahmad Zahid

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Politik 18 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad