web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Rafizi Dipanggil Polis Rakam Keterangan Hari ini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Sep 2022 11:02AM

Rafizi Ramli - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli dipanggil polis untuk dirakam kenyataan hari ini, susulan laporan dibuat terhadapnya berhubung isu Kapal Tempur Pesisir (LCS).

Ia dipercayai berkaitan dakwaan beliau bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad terbabit dalam isu berkenaan.

Rafizi memberitahu, beliau akan hadir pada jam 3 petang di Ibu Pejabat Polis (IPD) Sentul, di sini. 

Dalam masa sama, beliau berharap polis bertindak secepat mungkin untuk menyiasat laporan dibuat Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Akmal Nasrullah Mohd Nasir terhadap Abdul Latiff. 

“Saya harap pihak polis juga bertindak secepat mungkin (seperti ini) untuk menyiasat laporan dibuat terhadap Abdul Latiff mengenai pendedahan laporan forensik LCS yang menamakannya sebagai terbabit dalam kontrak pertahanan,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini. 

Beliau turut memuat naik surat arahan menghadiri penyiasatan polis itu. 

 

Saya telah dipanggil polis untuk dirakam kenyataan berikutan laporan polis yang dibuat oleh minggu ini. Saya akan...

Posted by Rafizi Ramli on Friday, September 2, 2022

Sebelum ini, polis dilapor memaklumkan, pihaknya akan memanggil Rafizi untuk dirakam keterangan, susulan laporan polis dibuat pegawai khas Abdul Latiff.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, polis menerima laporan dibuat individu terbabit pada jam 9.28 malam 30 Ogos lalu. - Getaran, 3 September 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 4 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad