web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 10 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Permit Khas Petroleum Untuk Elak Penyelewengan - Nanta

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Sep 2022 9:33PM

Pelaksanaan permit khas petroleum bertujuan mengelakkan penyelewengan subsidi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Pelaksanaan permit khas petroleum di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 bukan bertujuan menyukarkan rakyat tetapi bagi mengelakkan penyelewengan subsidi, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Beliau berkata setiap tahun kerajaan membelanjakan jumlah yang besar bagi peruntukan subsidi terutama untuk petrol dan diesel.

“Jika kerajaan tidak buat kawalan (melalui permit) memang akan diseleweng dan ini telah terbukti iaitu terdapat kes yang dilakukan secara besar-besaran,” katanya dalam sidang media mengenai permit tersebut di sini, hari ini.

Pada 28 Julai lepas, Nanta dilaporkan berkata syarikat berskala kecil, organisasi atau individu yang ingin membeli petrol dan diesel daripada stesen minyak untuk kegunaan persendirian dengan kuantiti melebihi 20 liter, perlu memohon permit khas di bawah akta tersebut. 

Menurut Nanta, mana-mana pihak yang membeli dengan kuantiti kurang daripada 20 liter termasuk kes kecemasan adalah dibenarkan dan tidak memerlukan permit khas.

Sementara itu, Nanta berkata permohonan permit khas itu hanya perlu dibuat sekali untuk jangka masa setahun dan bukannya untuk setiap pembelian.

Katanya permohonan boleh dibuat menerusi dalam talian di https://permitkhas.kpdnhep.gov.my/login atau hadir sendiri di mana-mana pejabat KPDNHEP berhampiran.

“Permit khas ini juga adalah percuma dan terbuka kepada semua pihak yang berkelayakan.

“Permohonan yang lengkap akan diproses dalam masa lima hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan manakala permohonan pembaharuan atau penyambungan semula akan mengambil masa tiga hari bekerja dari tarikh permohonan diterima,” katanya.

Setakat Januari hingga 31 Ogos lepas, sebanyak 10,048 permit khas petroleum dikeluarkan di seluruh negara. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Jangan Terpedaya Agensi Dakwa Mampu Keluar Visa Haji – Menteri

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Nafi Tiada Kelulusan Permit Untuk Perhimpunan Mega Palestin

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kos Pembaharuan Permit Pekerja Domestik Asing Indonesia Ditetapkan RM610 - Menteri

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Rupanya Zaitoun Tak Ada Permit Menjaja, Sebab Itu Disita - DBKL

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 3 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad