web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Anak Penyu Berkepala 2 Ditemukan Di Tanjong Jara

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Sep 2022 2:28PM

Ini adalah penemuan pertama anak penyu berkepala dua yang masih hidup di pusat penetasan tersebut sejak ia mula dibuka pada 2016 - Gambar Facebook Lang Tengah Turtle Watch

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Seekor anak penyu agar berkepala dua yang baharu menetas ditemukan sekumpulan sukarelawan di pusat penetasan penyu di Tanjong Jara Resort di Dungun, Selasa lepas.

Pengurus Projek Konservasi Lang Tengah Turtle Watch di Tanjong Jara Resort Abidah Zaaba berkata anak penyu itu ditemukan semasa sukarelawan sedang melakukan pemeriksaan sarang di tapak projek itu pada hari tersebut.

"Mula-mula kita ternampak badan dan kepala anak penyu di celah-celah pasir yang cuba keluar dari sarang, ingatkan macam penyu biasa. 

"Tapi bila dah keluar seluruh anggota badan, baru perasan rupa-rupanya anak penyu itu mempunyai dua kepala," katanya kepada pemberita di Dungun, petang semalam.

Beliau berkata sarang tersebut mempunyai 110 biji telur dan hanya 89 biji telur yang berjaya menetas termasuk anak penyu yang berkepala dua itu. 

Menurut Abidah, ia adalah penemuan pertama anak penyu berkepala dua yang masih hidup di pusat penetasan tersebut sejak ia mula dibuka pada 2016. 

Katanya pada Jun tahun lepas, mereka pernah menemukan anak penyu berkepala dua, namun ia telah mati.

Dalam pada itu Lang Tengah Turtle Watch dalam laman rasmi Facebook mereka ketika mengumumkan penemuan anak penyu itu memberitahu kejadian itu dikenali sebagai Dicephalism iaitu sesuatu yang jarang berlaku terhadap penyu.

Menurut hantaran itu lagi, kedua-dua kepala anak penyu itu berkongsi morfologi yang sama dan bertindak balas secara berbeza kepada rangsangan luar.

"Walaupun koordinasi pergerakan penyu itu terganggu, kepala kanan jelas dominan. 

"Sisik muka pada setiap kepala adalah berbeza, bermakna ia boleh dikenal pasti sebagai haiwan berbeza melalui teknik pengenalan gambar," menurut kenyataan itu.

Namun, menurut hantaran itu lagi kebiasaannya penemuan luar biasa seperti itu tidak mempunyai jangka hayat yang lama.

Sementara itu Pengarah Institut Penyelidikan Perikanan Rantau Abang Sharum Yusof berkata biasanya anak-anak penyu normal yang menetas di pusat penetasan akan dilepaskan terus ke laut.

"Tapi jika ada penemuan luar biasa seperti anak penyu berkepala dua ini, ia seeloknya diserahkan kepada pihak berkaitan untuk penjagaan dan rawatan selanjutnya," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata pihaknya telah dimaklumkan mengenai penemuan anak penyu tersebut dan ia telah diserahkan kepada Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu (TCIC) Rantau Abang di bawah Pejabat Perikanan Negeri Terengganu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 5 hari yang lalu

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Kemalangan Maut Di Pelantar Minyak: ‘Hanya Allah Yang Tahu Perasaan Saya Ketika Ini’ - Isteri Mangsa

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Kemalangan Di Pelantar Minyak: PETRONAS Sahkan 3 Maut

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek