web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 20 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Ambil Langkah Ofensif, Defensif, Advokasi Tangani Masalah Keselamatan Siber

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Sep 2022 7:14AM

Annuar Musa - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Kerajaan akan mengambil langkah ofensif, defensif serta advokasi dalam usaha menangani masalah keselamatan siber negara, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia (MenKOMM) Tan Sri Annuar Musa.

Annuar berkata selain penubuhan Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) turut menubuhkan satu pasukan petugas untuk memperincikan perakuan-perakuan baharu terutama berkaitan undang-undang.

"Kita telah memutuskan untuk membentuk satu pasukan petugas untuk memperincikan perakuan-perakuan baharu termasuk apa yang perlu dilakukan dengan kerangka undang-undang sedia ada dan memperbaiki perundangan.

Yang kedua menyemak semua kadar denda supaya setimpal dengan kesalahan dan ketiga, menyediakan satu pusat di mana orang yang menjadi mangsa cepat dapat buat rujukan (jika ditipu)," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengerusi Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) dan Taklimat Telekomunikasi Bersama Pengguna Negeri Melaka di sini malam tadi.

Seramai 30 individu dilantik menjadi Pengerusi PEDi yang akan merangka pelbagai program di pusat jalur lebar berkenaan agar ia memberi manfaat kepada komuniti setempat terutama berkaitan pendidikan keselamatan siber negara serta pembangunan ekonomi berteraskan digital.

Mengulas lanjut, Annuar berkata K-KOMM juga melihat teknologi yang terdapat di negara-negara lain dalam usaha mengekang jenayah siber daripada terus berleluasa.

"Kementerian Kewangan dan jawatankuasa peringkat nasional telah bersetuju supaya kerajaan beri keutamaan termasuk keperluan bajet kerana kita rasa kita perlu guna teknologi yang sesuai untuk atasi masalah ini, termasuk juga di peringkat kerjasama antara negara.

Saya sedang berkomunikasi dengan rakan sejawat di negara-negara yang bersempadan dengan kita terutamanya ASEAN juga kerana masalah perkongsian data rentas sempadan adalah antara perkara-perkara yang perlu dilihat," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 19 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 18 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar