web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Abdul Latiff Perlu Saman Rafizi Jika Pendedahan Berunsur Fitnah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Sep 2022 7:51PM

Hassan Abdul Karim - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad perlu berani memfailkan saman terhadap Rafizi Ramli jika dakwaan Timbalan Presiden PKR itu berhubung penglibatannya dalam skandal kapal tempur pesisir (LCS) berunsur fitnah.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, Abdul Latiff yang juga mantan Timbalan Menteri Pertahanan itu ada hak berbuat demikian bagi membuktikan dirinya tidak bersalah.

“Pada hemat saya Rafizi mempunyai pembelaan bermerit, antaranya ialah fakta-fakta yang dinyatakan itu benar selain untuk kepentingan awam, tiada niat jahat, dan komen yang berpatutan.

“Sekiranya Abdul Latiff secara peribadi merasakan dirinya telah difitnah oleh Rafizi, maka dari segi undang-undang sivil, beliau ada hak untuk saman Rafizi di mahkamah sivil,” katanya hari ini.

Pada Isnin lalu, Pengarah Strategi PKR, Akmal Nasrullah Mohd Nasir membuat laporan polis terhadap Abdul Latiff berkaitan skandal perolehan LCS di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur.

Kelmarin, seorang pegawai khas kepada Abdul Latiff membuat laporan polis terhadap Rafizi atas dakwaannya, bahawa Ahli Parlimen Mersing itu mempunyai seorang isteri bernama Zainab Mohd Salleh yang terlibat dalam penyelewengan dana projek LCS.

Susulan itu Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, polis akan memanggil Rafizi untuk diambil keterangan berhubung laporan polis dibuat pegawai khas Abdul Latiff itu.

Semalam Rafizi turut menyatakan kesediaannya memberi keterangan kepada polis berhubung perkara itu.

Pada masa sama, Hassan turut hairan mengapa tiada kertas siasatan dibuka terhadap Abdul Latiff sebaik sahaja pendedahan mengaitkan beliau dengan skandal LCS diketahui umum.

Sebaliknya Hassan berkata, apabila laporan dibuat pegawai khas Abdul Latiff terhadap Rafizi, polis segera mahu menyiasat beliau.

“Saya mengakui hak polis untuk memulakan siasatan. Namun polis perlu menunjukkan sikap yang adil dan telus.

“Adakah pihak polis telah membuka kertas siasatan terhadap Abdul Latiff sebaik sahaja Rafizi membuat laporan rasmi terhadapnya?,” soalnya.

Menurut beliau lagi, kenyataan Eng Lai amat membimbangkan kerana ia berbentuk satu ancaman yang menggunakan Kanun Keseksaan dan Akta komunikasi dan Multimedia untuk menakut-nakutkan ahli politik dan aktivis masyarakat agar tidak mengkritik menteri.

Katanya, ancaman dan amaran tidak langsung daripada ketua polis daerah Sentul itu jelas bertentangan dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan iaitu setiap warganegara mempunyai hak terhadap kebebasan bersuara dan menyatakan pendapat.

“Pihak polis silap dari segi undang-undang jika menggunakan Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia untuk melindungi menteri Kabinet.

“Menteri Kabinet atas jawatannya dan diri peribadinya boleh ditegur dan dikritik, malah boleh disaman di mahkamah tetapi menteri tidak boleh menggunakan polis untuk melindungi diri.

“Begitu juga polis tidak boleh menggunakan ugutan undang-undang bagi melindungi menteri-menteri kerajaan,” katanya.

Rafizi dalam beberapa siri pendedahan sebelum ini mendakwa, Abdul Latiff dan ahli keluarganya mendapat keuntungan daripada projek LCS bernilai RM6 bilion dan kontrak pertahanan lain semasa beliau menjadi timbalan menteri pertahanan.

Bekas Ahli Parlimen Pandan itu juga menegaskan, Abdul Latiff memiliki seorang isteri bernama Zainab Mohd Salleh, yang didakwa terlibat dalam penyelewengan dana daripada projek kapal tersebut. - Getaran, 1 September 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 3 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan