web statsweb stats

Berita Terkini

12 minit yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 13 minit yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pihak Ada Maklumat Berkenaan Jho Low Diminta Maklumkan Pada Malaysia

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Sep 2022 6:30PM

Hamzah ketika sidang media mengenai Program Visa Premium Malaysia di Kementerian Dalam Negeri hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkenaan keberadaan ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low atau nama sebenarnya Low Taek Jho, untuk memaklumkannya kepada pihak berkuasa negara ini.

Dalam sidang media selepas mengumumkan pelaksanaan Program Visa Premium (PVIP) Malaysia di sini hari ini, Hamzah mempersoalkan tindakan pihak yang mendakwa tahu keberadaan Jho Low namun tidak berkongsi maklumat itu dengan Malaysia.

“Dia tahu, kenapa tidak maklum kepada kita lokasi apa semua?”, katanya mengulas laporan yang mendakwa Jho Low berada di taman tema Disneyland, Shanghai, China pada malam Krismas, 2019.

Sebuah portal (Malaysiakini) melaporkan perkara itu didedahkan penulis bersama buku Billion Dollar Whale: The Man Who Fooled Wall Street, Hollywood, and the World, Bradley Hope, menerusi episod pertama program ‘Where is Jho Low? The Search for the 1MDB Fraud Mastermind’, yang disiarkan di platform YouTube.

Menerusi episod itu, Hope bersama seorang penulis, Tom Wright berkongsi sekeping gambar memaparkan Jho Low bersama dua individu tidak dikenali di sebuah restoran di taman tema itu. Hope mendakwa gambar bertarikh 24 Disember 2019 itu, diterima daripada sumber yang boleh dipercayai.

Jho Low dikehendaki bagi membantu siasatan berkaitan skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Polis Diraja Malaysia (PDRM) cuba mengesan dan membawanya pulang ke negara ini, namun usaha pihak berkuasa setakat ini masih belum berhasil.

Mengulas dakwaan nama bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiada dalam pangkalan data Jabatan Penjara Malaysia, Hamzah menasihatkan orang ramai agar tidak mudah mendengar khabar angin yang ditularkan di media sosial atau mana-mana platform.

“Sebelum ini (pangkalan data) anda (media) ada tahu ke? Kalau tidak tahu, macam mana ada dakwaan? Kalau bab dakwaan atau surat layang, usah kita dengar,” katanya.

Tular di laman sosial Twitter semalam, mendakwa terdapat maklumat bahawa nama Najib sehingga semalam tiada dalam pangkalan data penjara, dan mereka meminta supaya Jabatan Penjara menafikan perkara itu sekiranya tidak benar. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Serang Balai Polis Ulu Tiram: Bapa, Anak Dipenjara 30 Tahun, Ibu 4 Tahun 

3

Politik 3 bulan yang lalu

‘Dulu Penyokong, Sekarang Saya Musuh Nombor 1 Muhyiddin’ - Hamzah

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Titah Adendum: Najib Fail Rayuan Untuk Tahanan Rumah

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 18 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad