web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Skandal LCS: Dr Abdul Latiff Selesai Beri Keterangan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Sep 2022 6:24PM

Abdul Latiff Ahmad - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -  Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad sudah dipanggil polis hari ini bagi memberi keterangan berhubung laporan polis dibuatnya terhadap Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Dr Abdul Latif berkata, beliau didatangi oleh pegawai polis pagi tadi untuk mengambil keterangan, susulan laporan polis dibuat terhadap Rafizi oleh Pegawai Tugas-Tugas Khas beliau pada 30 Ogos lalu.

“Saya tegaskan bahawa saudara Rafizi adalah seorang pembohong yang memfitnah dan mentohmah saya dan keluarga hanya semata-mata untuk kepentingan politik.

“Ini adalah satu perbuatan keji yang dikutuk oleh al-Qurandalam @urah Al-Baqarah: Ayat 191: Dan fitnah itu lebih kejam daripada pembunuhan,” katanya hari ini.

Tegasnya, beliau sebagai Abdul anggota kabinet akan terus memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa bagi membantu siasatan.

Semalam media melaporkan, Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli akan dipanggil polis bagi memberi keterangan berkaitan laporan polis dibuat ke atasnya, susulan kenyataan mengenai projek kapal tempur pesisir (LCS).

Kes ini sedang disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998 (menyebarkan kenyataan jelik). - Getaran, 1 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Perjanjian Senjata RM1.1 Bilion: Rafizi Hadir Ke SPRM, Serah Dokumen 28 Muka Surat

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Perjanjian RM1.1 Bilion: Rafizi Sambung Beri Keterangan Di SPRM

3

Politik 1 tahun yang lalu

Misteri ‘Kehilangan’ Rafizi: Apakah Ada ‘Drama’ Di Belakang Tabir?

4

Politik 1 tahun yang lalu

Anwar Sahkan Rafizi Hadir Mesyuarat MPP PKR

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan