web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tidak Mahu Bekerja, Remaja Ditahan Palsukan Keputusan Ujian COVID-19

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Apr 2021 10:46AM

Dzulkhairi Mukhtar 

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Hanya kerana tidak mahu datang bekerja, seorang remaja sanggup memalsukan keputusan ujian calitan COVID-19, dan mendakwa dirinya positif virus itu. 

Tindakan itu menyebabkan majikannya yang juga pemilik restoran terpaksa menutup premis berkenaan, selain memaksa 12 pekerja lain membuat ujian sama di klinik.

Remaja perempuan berusia 19 tahun itu kemudian ditahan polis di Skudai, bagi membantu siasatan selepas mengaku memalsukan keputusan ujian calitan dirinya. 

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner (ACP) Dzulkhairi Mukhtar berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu semalam, daripada pemilik restoran berkenaan.

"Pemilik restoran menerima gambar menerusi WhatsApp daripada pekerjanya itu yang menunjukkan sekeping surat, mendakwa dia positif COVID-19.

"Majikannya itu terus menutup restoran dan terus ke klinik bersama 12 pekerja untuk membuat ujian calitan COVID-19 dan semua mereka disahkan negatif.

"Majikan itu kemudian memanggil pekerja terbabit untuk bertanyakan hal sebenar sebelum dia mengaku telah menipu kerana tidak mahu datang bekerja," katanya.

Dzulkhairi berkata, remaja perempuan itu berbuat demikian kerana merasakan dia tidak sesuai bekerja sebagai pelayan restoran, walaupun baru sehari bekerja di restoran terbabit. 

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 420 / 468 Kanun Keseksaan kerana memalsukan laporan pemeriksaan ujian calitan Covid-19.

"Suspek sudah ditahan dan kita akan memohon perintah reman ke atasnya," katanya. – Getaran, 8 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

2

Semasa 16 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

3

Semasa 2 hari yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

4

Semasa 2 hari yang lalu

Kes Dera Pembantu Rumah: 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan Semula 

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar