web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Baju Sedondon, Laungan 'Merdeka' Gelagat Keluarga Malaysia Sambut Hari Kebangsaan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Aug 2022 9:09AM

Orang ramai yang hadir mengibarkan Jalur Gemilang bagi menyaksikan acara perbarisan dan perarakan sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka pagi ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - "Merdeka! Merdeka! Merdeka!" laungan anak-anak kecil antara ribuan latar suara Keluarga Malaysia di Dataran Merdeka yang teruja dan bersemangat menyambut Hari Kebangsaan 2022 di sini, pagi ini.

Aura keterujaan serta semangat setiap ahli Keluarga Malaysia yang berbilang bangsa dan kaum, jelas terserlah apabila tiada ruang kosong di sepanjang lebih satu kilometer laluan perarakan dari Bangunan Sultan Abdul Samad ke pusat beli-belah Sogo, kerana dipenuhi orang ramai yang mahu menyaksikan perarakan dan pertunjukan yang dipersembahkan hari ini.

Suasana hening pagi di Dataran Merdeka sudah meriah seawal 4.30 lagi apabila rata-rata pengujung mula membanjiri kawasan ini untuk bersama-sama menyaksikan acara penuh gilang-gemilang yang bermula tepat 7.30 pagi dengan ketibaan pemimpin negara.

Majoriti pengunjung juga memilih menggunakan perkhidmatan LRT malah sehingga 7.30 pagi tadi, kedua-dua stesen LRT Bandaraya dan Masjid Jamek di sini, masih lagi sesak dengan penumpang yang tiba.

Nyata hari ini amat istimewa bagi Keluarga Malaysia, ada yang hadir dengan pakaian sedondon mengikut warna Jalur Gemilang, tidak kurang juga mereka yang mengenakan pakaian tradisional malah lebih mencuri perhatian apabila majoriti pengunjung turut membawa Jalur Gemilang masing-masing untuk dikibarkan pada hari penuh sejarah.

Cuaca yang baik, agak redup dan berangin sejak awal pagi juga turut menjadikan suasana sambutan lancar dan memberi keselesaan kepada pengunjung yang hadir.

Jalan-jalan utama menghala ke Dataran Merdeka juga mulai sesak sejak awal pagi, namun dikawal oleh anggota keselamatan yang bertugas.

Selepas dua tahun tiada sambutan Hari Kebangsaan secara besar-besaran, rata-rata mereka meluahkan rasa rindu dengan suasana kemeriahan sambutan ulang tahun kemerdekaan negara.

Bagi, Suhaimi Razak, 45, beliau membawa keluarga termasuk dua anaknya yang masing-masing berusia lima dan empat tahun untuk merasai kemeriahan Hari Kebangsaan, di samping mengimbau nostalgia beliau ketika kecil bersama keluarga menyambut sambutan sama 30 tahun lepas.

Bagi pelajar Tingkatan Lima, Andrew Tan bersama rakan-rakan sekelasnya mengambil kesempatan hari cuti untuk memeriahkan suasana sambutan Hari Kebangsaan. - Bernama

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 22 jam yang lalu

Salah Laku Seksual Babitkan Pelajar: Jangan Tunggu Kes Tular Untuk Bertindak

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

Hamzah Zainudin Lancar Parti Politik Baharu, AGM Pertama Minggu Depan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

oleh Sophia Ahmad