web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


4 Beranak Termasuk Bayi Maut Kemalangan Di Kota Tinggi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Aug 2022 10:27PM

Kejadian itu menyebabkan kesemua mangsa terdiri daripada suami isteri berusia 39 dan 27 tahun serta anak lelaki berusia lima tahun dan bayi perempuan tersebut maut di tempat kejadian - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Empat beranak termasuk bayi berusia sembilan bulan maut apabila motosikal yang dinaiki mereka hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan lori di Jalan Kampung Semanggar Dalam dekat Kota Tinggi, tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Hussin Zamora berkata kejadian yang berlaku pada 1.20 tengah hari itu, menyebabkan kesemua mangsa terdiri daripada suami isteri berusia 39 dan 27 tahun serta anak lelaki berusia lima tahun dan bayi perempuan tersebut maut di tempat kejadian.

“Lelaki terbabit gagal mengawal motosikal Yamaha LC 135 yang ditunggang semasa melalui selekoh dan masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah lori.

“Akibat daripada pelanggaran itu, penunggang dan kesemua pembonceng cedera parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya pemandu lori terbabit tidak mengalami kecederaan dan lelaki berusia 31 tahun itu tidak ditahan serta tiada sebarang rekod kesalahan trafik.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 12 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi