Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Skandal LCS: Peguam Negara Tunggu Apa Lagi? Bila Mahu Dakwa?

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Aug 2022 7:00AM

Idrus Harun - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun digesa membuat pendakwaan terhadap semua individu yang terlibat dan bersubahat menyeleweng dana kerajaan dalam projek kapal tempur pesisir (LCS).

Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan, Kamil Munim berkata, Idrus tidak memiliki sebarang alasan munasabah untuk melengah-lengahkan pendakwaan berkenaan.

Menurut Kamil, kelewatan mengheret semua petualang terbabit ke mahkamah hanya akan menimbulkan tanggapan buruk terhadap komitmen kerajaan serta Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam usaha memerangi rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

“Skandal LCS ini bukan hal yang baru diketahui oleh agensi penguat kuasa dan badan penyiasat.

“Ia juga antara kecurangan besar melibatkan dana awam yang diketahui setakat hari ini, selepas skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Watak di sebalik modus operandi rompakan ala 1MDB ini, dikhuatiri didalangi oleh pihak sama yang harus segera dihadapkan ke muka pengadilan,” katanya hari ini.

Kamil berkata, SPRM sebelum ini telah memaklumkan bahawa suruhanjaya itu telah melengkapkan kertas siasatan terhadap beberapa individu didakwa mempunyai kaitan dalam penyelewengan pembinaan kapal LCS, yang kemudiannya telah dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara.

Namun sehingga kini, tegas beliau, masih belum ada pendakwaan dibuat ke atas mana-mana individu atau pihak yang terpalit secara langsung atau melalui proksi dalam kecurangan pembinaan projek LCS, seperti didedahkan oleh laporan audit forensik dan berkaitan.

“Peguam Negara pada 16 Ogos lalu menyatakan bahawa pihaknya akan membuat keputusan secepat mungkin.

“Ada pun (adalah) pendakwaan yang dibuat ke atas mantan pengarah urusan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS), Tan Sri Ahmad Ramli adalah berkaitan transaksi dibuat sebelum kerajaan bersetuju untuk meluluskan bayaran pendahuluan sebanyak RM500 juta bagi perolehan projek LCS tersebut pada 21 Disember 2011,” katanya.

Melihat kepada laporan audit forensik dan dapatan daripada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara, tegasnya, terdapat bukti jelas dan kukuh untuk mengheret mereka yang terlibat dalam penyelewengan dana projek tersebut ke mahkamah.

“Ini termasuk mantan menteri bertanggungjawab membuat keputusan untuk mengubah reka bentuk kapal tersebut tanpa sebarang justifikasi munasabah, yang juga bertentangan dengan kehendak dan keperluan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM),” katanya. - Getaran, 30 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Kertas Siasatan Ketua Pemuda UMNO Dirujuk Pejabat Peguam Negara Minggu Depan - KPN

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Kemuka Dokumen Palsu Tuntutan PENJANA, Pemilik Syarikat Dan Pekerja Didakwa

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Aman Palestin: 3 Tertuduh Didakwa Untuk 164 Kesalahan

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Peras Ugut Dan Rogol, 2 Anggota Polis Didakwa Hari Ini

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PAS Puji Tindakan Pantas Menteri Pertahanan Kendalikan Tragedi Helikopter TLDM

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Lemas Ketika Bercuti Di Air Terjun Sekayu

Semasa 2 jam yang lalu

SPRM Sahkan Dr Mahathir Disiasat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 jam yang lalu

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

oleh Wartawan Getaran