web statsweb stats

Berita Terkini

1 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kelab Taman Perdana Diraja Lucut Gelaran Penaung Milik Najib

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Aug 2022 5:53PM

Najib Razak - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kelab Taman Perdana Diraja melucutkan gelaran penaung milik bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang kini sedang menjalani hukuman penjara selama 12 tahun.

Dalam surat yang dihantar menerusi email kepada semua ahli, presiden kelab Manjeet Singh Dhillon berkata, keputusan berkenaan dicapai pada mesyuarat kelab 25 Ogos lalu.

“Susulan sabitan ke atas Najib oleh Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos, gelaran penaung Najib dilucutkan serta merta,” kata Manjeet di dalam surat itu.

Surat tersebut turut menyatakan bahawa Najib dilantik sebagai penaung kelab sejak 1 Jun, 2011.

Ketika dihubungi The Vibes, seorang petugas bahagian pengurusan yang enggan dikenali mengesahkan kesahihan surat berkenaan, namun dia enggan mengulas lanjut.

Pada 23 Ogos, Najib muncul sebagai bekas Perdana Menteri Malaysia pertama yang dijatuhkan hukuman penjara, susulan keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan bersalah oleh Mahkamah Tinggi sebelum itu, atas tujuh pertuduhan rasuah SRC International Sdn Bhd.

Sebagai tambahan kepada hukuman penjara 12 tahun itu, Mahkamah Persekutuan turut mengekalkan denda berjumlah RM210 juta yang dikenakan sebelumnya.

Panel lima hakim dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun berkata, semua keputusan oleh Mahkamah Tinggi itu adalah tepat dan pihak pendakwa gagal menimbulkan keraguan munsabah.

Pada 2019, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menggantung darjah kebesaran dikurniakan ke atas Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, selepas kedua-duanya berdepan pendakwaan di mahkamah.

Najib dikurniakan Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor Kelas Pertama yang membawa gelaran Datuk Seri pada 2004 dan Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor Kelas Kedua yang membawa gelaran Datuk pada 1992.

 

Assalamualaikum. Salam kepada semua. Gina beritahu saya ramai yang bertanya khabar dan keadaan saya. Buat masa ini...

Posted by Najib Razak on Monday, August 29, 2022

Sementara itu, Najib menerusi hantaran di Facebook hari ini berkata, beliau berada dalam keadaan ‘sihat, tenang dan baik’.

Katanya, beliau berkesempatan bertemu dengan barisan peguam dan ahli keluarga, serta mengambil peluang untuk bertanya mengenai perkembangan isu semasa sambil membincangkan hal ehwal mahkamah.

”Saya juga banyak menggunakan masa saya untuk catit pendapat saya dan serahkan kepada peguam atau keluarga saya untuk dikongsi dengan semua.

“Mungkin akan ada kelewatan sedikit tetapi apa dayanya. Inilah sahaja yang saya dapat buat,” katanya. – The Vibes, 29 Ogos 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Politik 49 minit yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad