Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Pampasan Rendah: Penduduk Rumah Teres Kampung Sungai Baru Kemuka Bantahan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Aug 2022 9:24AM

Fahmi Fadzil (tiga dari kanan) bersama penduduk rumah teres Kampung Sungai Baru mengadakan bantahan terhadap pengambilan tanah dan jumlah pampasan oleh Jabatan Tanah dan Galian. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selepas ditawar pampasan untuk pengambilan tanah oleh Jabatan Tanah dan Galian yang dianggap tidak setimpal, penduduk rumah teres Kampung Sungai Baru enggan ‘tunduk’ kepada perkara itu.

Peguam Jawatankuasa Bertindak Pemilik Rumah Teres dan Flat Kampung Sungai Baru, Khairul Shahrizan Hamizi berkata, pihaknya akan memfailkan bantahan terhadap Jabatan Tanah dan Galian menggunakan borang N (borang N), memandangkan penduduk tidak berpuas hati dengan bayaran tidak berbaloi ditawarkan.

“Pendengaran kes di depan pentadbir tanah berakhir pada 24 hingga 26 Ogos dan pampasan turut ditawarkan, tetapi semua pemilik tidak bersetuju serta menganggap jumlah itu terlalu rendah.

“Langkah seterusnya adalan penduduk memfailkan bantahan melalui borang N dengan pentadbir tanah.

“Kes ini akan dirujuk ke Mahkamah Tinggi untuk menentukan jumlah pampasan yang sesuai diberikan kepada penduduk,” katanya kepada media.

Turut hadir adalah Presidennya, Lily Suzana; Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil dan Ketua Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Penduduk tidak berpuas hati dengan jumlah pampasan yang dikemukakan kepada mereka.
Penduduk tidak berpuas hati dengan jumlah pampasan yang dikemukakan kepada mereka.

Khairul berkata, penduduk diberikan tempoh 42 hari bagi memfailkan bantahan mulai tarikh perbicaraan.

“Ia bukan rayuan, tetapi bantahan terhadap tawaran diberikan mereka,” tegasnya.

Beliau berharap mahkamah meningkatkan jumlah pampasan itu selepas meneliti aspek penilaian oleh kerajaan serta Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, selain mengambil kira penilaian dibuat pemilik rumah.

Lily Suzana
Lily Suzana

Sementara itu, Lily berkata, nilai pampasan RM500 setiap kaki persegi ditawarkan adalah sedikit dan jauh berbeza daripada penilaian dibuat pihak swasta, iaitu antara RM1,500 hingga RM2,000 setiap kaki persegi, tidak termasuk bangunan.

Lily berkata, berdasarkan tawaran kerajaan kepada pemilik tanah pada tahun 2019 melalui Perbadanan Kemajuan Kampung Baru, iaitu RM850 kaki persegi, nilai itu sepatutnya lebih tinggi sebagai penempatan pertanian Melayu.

“Tanah itu berstatus ‘penempatan pertanian Melayu’ yang mempunyai kepentingan terhad (sekatan kepentingan), berbanding tanah di Sungai Baru yang tidak mempunyai sekatan kepentingan.

“Bagaimana mungkin tanah yang dinilai Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta pada tahun 2019 dan berharga RM850 kaki persegi, turun kepada RM500 kaki persegi pada 2022?

“Bukankah harga tanah di tengah-tengah Kuala Lumpur sepatutnya melambung tinggi dan bukannya turun?,” soalnya.

Keseluruhannya terdapat 98 rumah teres dan 264 unit pangsapuri.
Keseluruhannya terdapat 98 rumah teres dan 264 unit pangsapuri.

Pada tahun 2016, pemaju hartanah, Ritzy Gloss Sdn Bhd memeterai memorandum persefahaman dengan persatuan penduduk (RA) Kampung Sungai Baru bagi membangunkan kawasan berkenaan secara usaha sama.

Bagaimanapun, sesetengah penduduk di situ mendakwa RA berkenaan, iaitu Persatuan Kebajikan Pemilik Hartanah Kampung Sungai Baru, tidak mewakili kepentingan majoriti penduduk.

Pada Jun, pengerusi persatuan itu, Zulfakar Wahid menggesa penduduk supaya menerima tawaran Ritzy Gloss.

Beliau mendakwa penduduk yang enggan menerima tawaran itu sebagai ‘mementingkan diri sendiri dan tamak’.

Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta Ritzy Gloss Sdn Bhd, Abdul Hadi Ahmad, ketika ditemubual akhbar mingguan Wilayahku berkata, persatuan itu menjemput Ritzy Gloss kerana rekod prestasinya dalam membangunkan Kampung Kerinchi.

Cadangan pembangunan itu melibatkan pembinaan kondominium mewah, unit komersial dan blok flat.

Beberapa unit blok flat yang dicadangkan sudah ditawarkan kepada pemilik sebagai ‘balasan’ kepada hak milik tanah mereka.

Ritzy Gloss juga berjanji untuk menampung kos penempatan semula semasa pembinaan dan dalam kes tertentu, bergantung kepada saiz tanah dimaksudkan serta pemilik diberi pampasan sekali gus.

Meskipun rundingan berlarutan, tawaran itu bagaimanapun gagal dipersetujui 37 pemilik rumah teres dan 72 unit rumah pangsa.

Berikutan itu, Ritzy Gloss memohon untuk memperoleh 37 rumah teres dan baki 37 unit pangsapuri di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 (LAA), manakala 34 rumah teres dikecualikan daripada pemindahan itu.

Keseluruhannya, terdapat 98 rumah teres dan 264 unit pangsapuri. – The Vibes, 29 Ogos 2022

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Agong Gemar Utus Kad Raya, Lebih Unik Dan Sangat Klasik

Semasa 1 hari yang lalu

6 Warga Asing Ditahan Dalam Operasi Di Kondominium Mewah

Semasa 17 jam yang lalu

TPM, Jemaah Menteri Ucap Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran

Semasa 12 jam yang lalu

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur