Berita Terkini

2 jam yang lalu: Malaysia harap UAE bawa isu Palestin dan Myanmar ke Majlis Keselamatan PBB 3 jam yang lalu: Majoriti penduduk dewasa Singapura lihat perlumbaan F1 bawa impak positif ke atas republik itu- YouGov 3 jam yang lalu: Ambank bayar RM2.83 bilion kepada kerajaan Malaysia berhubung skandal 1MDB 3 jam yang lalu: Tunku Panglima Johor Juara PRO-AM GT3 Asia 3 jam yang lalu: Tiada rasuah libatkan peruntukan KBS kepada persatuan sukan - Ahmad Faizal

IKUTI KAMI


Malaysia Disenarai Lokasi GBS Ke-3 Paling Kompetitif Di Dunia

Semasa Dikemaskini 4 minggu yang lalu ยท Diterbitkan pada 28 Aug 2022 6:21PM

Indeks Lokasi Perkhidmatan Global (GSLI) 2021 firma itu menunjukkan bahawa negara-negara Asia terus mengambil tujuh tempat dalam 10 teratas, dengan India di tempat pertama dengan skor 7.09, diikuti China (6.80) dan Malaysia (6.22). - Gambar oleh Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia telah disenaraikan sebagai lokasi Perkhidmatan Perniagaan Global (GBS) ketiga paling kompetitif di dunia, selepas India dan China, menurut indeks oleh firma perunding global Kearney.

Indeks Lokasi Perkhidmatan Global (GSLI) 2021 firma itu menunjukkan bahawa negara-negara Asia terus mengambil tujuh tempat dalam 10 teratas, dengan India di tempat pertama dengan skor 7.09, diikuti China (6.80) dan Malaysia (6.22).

Indeks ini, yang dikeluarkan setiap dua tahun, menjejaki kontur landskap global melibatkan 60 negara dengan empat kategori utama - daya tarikan kewangan, kemahiran dan ketersediaan pekerja, persekitaran perniagaan dan kualiti digital.

Lokasi GBS membolehkan syarikat multinasional (MNC) atau organisasi yang besar memusatkan operasi dan aktiviti perniagaan mereka, seperti kewangan, sumber manusia, teknologi maklumat (IT) dan pemerolehan di negara tertentu untuk menyediakan perkhidmatan bersama, kata Perunding Transformasi Perniagaan, Joon Teoh. 

China berada di kedudukan ke-2 dalam Indeks Lokasi Perkhidmatan Global (GSLI) 2021. - Gambar AFP
China berada di kedudukan ke-2 dalam Indeks Lokasi Perkhidmatan Global (GSLI) 2021. - Gambar AFP

Beliau berkata antara MNC yang telah mewujudkan pusat GBS di Malaysia ialah Shell, AstraZeneca, British American Tobacco dan Bash.

“Bagi IGO (organisasi antarabangsa antara kerajaan), kita mempunyai Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), tarikan terbesar Malaysia ialah kepelbagaian bakat, termasuk bahasa yang mampu memberikan perkhidmatan kepada pelbagai negara,” katanya kepada Bernama dalam temu bual secara maya baru-baru ini.

Beliau berkata pusat GBS memberikan perkhidmatan kepada pekerja mereka sendiri dalam syarikat atau organisasi di seluruh dunia.

“Misalnya, jika mana-mana kakitangan mereka, tidak kira di mana mereka berada, perlu melakukan perjalanan ke luar negara, tiket penerbangan mereka, pembayaran dan sebagainya akan diuruskan oleh pusat GBS yang ditetapkan di Malaysia atau negara lain.

“Bagaimana mereka (pusat GBS) berbuat demikian? Di sinilah peranan teknologi kerana anda perlu memastikannya (berlaku) dalam platform digital untuk mereka memasukkan tuntutan mereka atau membeli tiket penerbangan mereka (serta) untuk pembekal menghantar invois dan lain-lain,” katanya.

Teoh, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Agos Asia berkata kerajaan Malaysia sentiasa memberi penekanan kepada pembangunan GBS di negara ini, termasuk menggariskan kepentingan sektor itu dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

Beliau berkata ini berikutan apabila pusat GBS diwujudkan, ia biasanya dari 150 hingga lebih ribuan pekerja, yang bukan sahaja akan mewujudkan peluang pekerjaan yang luas tetapi turut membantu meningkatkan proses pendigitalan negara.

“Kerajaan cuba meletakkan kami (sektor GBS) dalam trajektori keluk nilai berikutan ia akan menjadi mustahil untuk kami bersaing dengan China dan India dari segi jumlah dan tenaga kerja.

“Kami hanya boleh melakukan (ini) dengan menyediakan kemahiran tinggi untuk memenuhi keperluan sejajar dengan transformasi digital,” katanya.

Katanya itu akan menjadi cadangan nilai negara apabila pusat GBS di Malaysia berkembang menjadi pusat kecemerlangan, diterajui oleh pasukan tempatan untuk menjalankan pelbagai projek penyelidikan dan pembangunan, antara lainnya, termasuk automasi proses robotik dan analisis.

Menurut RMK-12, dalam tempoh lima tahun akan datang, tumpuan akan diberikan kepada memacu pembangunan industri strategik dan berimpak tinggi, termasuk elektrik dan elektronik, perkhidmatan global (GS) dan aeroangkasa.

GS, yang terdiri daripada hab utama, GBS dan operasi ibu pejabat, merupakan penyumbang utama pelaburan langsung asing (FDI) dalam sektor perkhidmatan.

Pelaburan yang diluluskan dalam GS oleh syarikat multinasional dicatatkan sebanyak RM46.1 bilion, menyumbang 51.7 peratus daripada jumlah FDI dalam sektor perkhidmatan dari 2016 hingga 2020. - Bernama

Sorotan

1

Kenapa Rizman Ruzaini Berarak Di Perkarangan Bukit Bintang, Apa Kaitannya Dengan Beg Tote?

2

Piala Dunia 2022: Fasa Terakhir Jualan Tiket Bermula 27 September

3

Jenayah Seksual Kanak-Kanak Tidak Libatkan Sentuhan Fizikal Dijangka Meningkat - Bukit Aman

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Polis Kelantan Minta Henti Sebar Maklumat Tidak Tepat Kes Culik Kanak-Kanak

Semasa 4 jam yang lalu

Permohonan Nik Mohamad Abduh Ikut Prosedur Betul, Bukan Salah Guna Kuasa

oleh Sofian Baharom

Semasa 10 jam yang lalu

Pekerja Binaan Warga Bangladesh Maut, Tertimbus Dalam Runtuhan Konkrit

Semasa 1 hari yang lalu

KASA Pastikan Pemeriksaan Awal Semua Aset Bagi Hadapi Banjir