Berita Terkini

42 minit yang lalu: Tenaga kerja pakar asing untuk kerja kritikal, kecemasan boleh masuk ke negara ini guna Pas Lawatan Sosial - KP Imigresen 57 minit yang lalu: Aplikasi MySejahtera akan dijadikan alat pengurusan kesihatan awam negara - Khairy 1 jam yang lalu: Angka kematian letupan bunuh diri Afghanistan meningkat 53: UNAMA 1 jam yang lalu: 12 peratus anak muda suarakan isu politik berkaitan kestabilan, prestasi kerajaan serta kualiti dan kematangan pemimpin menerusi Idea Bina Negara - PM 1 jam yang lalu: Platform digital Idea Bina Negara terima lebih daripada 12,000 idea anak muda seluruh negara - PM

IKUTI KAMI


Bajet 2023: Perusahaan Mikro Wajar Dibantu, Kini Bergelut Demi Kelangsungan

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 28 Aug 2022 11:57AM

Kerajaan digesa memberi fokus untuk meringankan bebanan penggiat perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), bagi membolehkan perniagaan mereka pulih ekoran terjejas pandemik COVID-19 - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Dalam menyusun perbelanjaan negara untuk Bajet 2023, kerajaan digesa memberi fokus untuk meringankan bebanan penggiat perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), bagi membolehkan perniagaan mereka pulih, ekoran terjejas pandemik COVID-19 yang melanda negara sejak lebih dua tahun lalu.

Bercakap kepada Getaran, Presiden Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman berkata, antara usaha itu adalah meneruskan program sifar faedah untuk moratorium pinjaman kepada PMKS bagi memastikan majikan dapat meneruskan perniagaan dan penggajian pekerja dikekalkan.

“Kerajaan hendaklah fokus untuk membantu (penggiat) PMKS, terutamanya perusahaan mikro untuk memulihkan perniagaan mereka dan membantu pemulihan ekonomi negara, di samping memperkukuh pasaran buruh.

“Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) merangkumi kira-kira 98 peratus perniagaan berdaftar dan perusahaan mikro berjumlah sekitar 650,000,” katanya.

Dalam Bajet 2023, tambah Syed Hussain, kerajaan diharap memberi bantuan wang tunai kepada syarikat PMKS sebagaimana dilaksana di Sarawak sebelum ini yang menyaksikan perniagaan didaftarkan di negeri berkenaan menerima RM10,000.

Selain itu, Syed Hussain mencadangkan supaya kerajaan memberi subsidi air dan elektrik kepada syarikat PMKS.

“Bajet 2023 hendaklah menilai semula insentif untuk menarik lebih banyak pelabur langsung asing (FDI) melabur di Malaysia. FDI akan menjana lebih banyak kerja berkualiti dan ini penting untuk membolehkan graduan baharu mendapat kerja sesuai.

“Pelabur FDI juga memberi peluang kepada warga tempatan untuk dihantar bekerja di luar negara dan menimba pengalaman (kerjaya) di peringkat antarabangsa,” katanya.

Menurut beliau, potongan cukai terhadap caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) wajar diberi pelepasan cukai untuk keseluruhan caruman dibuat dan tidak dihadkan kepada RM4,000 seperti sekarang.

Pemansuhan had RM4,000 ujarnya, akan mengalakkan pencarum menambah dana KWSP secara sukarela, sekali gus membantu menangani isu simpanan rendah apabila bersara kelak.

“Cukai korporat hendaklah diturunkan kepada kadar kompetitif setanding dengan cukai korporat di negara jiran. Ini akan membantu negara menarik FDI. Cukai pendapatan individu juga hendaklah diturunkan untuk negara menggalak dan mengekalkan tenaga kerja mahir supaya terus bekerja di Malaysia,” katanya.

Syed Hussain memberitahu, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi menangani COVID-19 sepanjang tahun 2020 dan 2021, menyekat operasi perniagaan.

Manakala, katanya, penguatkuasaan peraturan kuarantin dan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat, mengakibatkan perniagaan mengalami cabaran hebat serta banyak syarikat bergelut untuk kelangsungan operasi.

Tegasnya, dalam keadaan sukar itu, kebanyakan syarikat terpaksa berdepan kesusahan untuk membayar kos tetap operasi apabila tidak mempunyai sumber pendapatan.

“Walaupun kerajaan memperkenal pelbagai pakej rangsangan, majikan masih dibelenggu masalah aliran wang tunai dan kira-kira 37,000 perniagaan terpaksa gulung tikar, malah ada melalui proses kebankrapan,” katanya. - Getaran, 28 Ogos 2022

Sorotan

1

Wai Ching Cipta Rekod Baharu Di Space Needle, Seattle

2

‘Saya Akan Sekolahkan Kamu, Harap Guan Eng Tak Kecut’ - Saravanan

3

Syarikat Permainan Malaysia Catat Jualan Eksport RM124.67 Juta Di Tokyo Game Show

Disyorkan untuk anda

Politik 22 jam yang lalu

‘Kalau Nak Gantung, Gantung Bagi Mati’ - Tajuddin

oleh Farhana Farush

Semasa 18 jam yang lalu

Dewan Rakyat Sebulat Suara Setuju Menghendap Jadi Kesalahan Jenayah

oleh Wartawan The Vibes

Semasa 1 hari yang lalu

Elak Jadi Mangsa Culik, Rahsiakan Privasi Anak

oleh Aiman Sadiq

Pendidikan 1 hari yang lalu

76 Pelajar B40 Dipilih Sambung Belajar Menerusi Program Perintis Sulung Tahun Ini