web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Lelaki Ditemui Mati Di Parkir Dipercayai Dibunuh

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Aug 2022 5:50PM

Beh Eng Lai - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki yang ditemui mati di parkir kereta bersebelahan Bangunan TKS Business Center, Jalan Segambut, di sini pagi Selasa lalu dipercayai telah dibunuh.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, terdapat beberapa kesan lebam di bahagian tangan kiri, tangan kanan dan juga badan mangsa. 

"Pemeriksaan mendapati terdapat juga beberapa kesan cedera yang tidak jelas di bahagian dahi serta dada lelaki itu.

"Motif pembunuhan masih belum dapat dikenalpasti dan polis akan memulakan usaha mengesan suspek yang terlibat,” katanya hari ini.

Menurut beliau, polis menerima maklumat berhubung penemuan mayat mangsa pada jam 10.17 pagi Selasa lalu.

“Anggota polis yang tiba di tempat kejadian mendapati mangsa terbaring di atas tembok batu penutup longkang, berhampiran tapak projek binaan dengan berpakaian lengkap.

"Identiti mangsa tidak dapat dikenalpasti kerana tiada dokumen pengenalan diri yang dijumpai namun berdasarkan suntikan BCG yang terdapat di bahunya, dia disahkan sebagai rakyat tempatan,” katanya.

Eng Lai memberitahu, pasukan forensik Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Kuala Lumpur yang menjalankan siasatan tidak menemui senjata atau barang kes yang boleh dikaitkan dengan pembunuhan tersebut.

“Mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Kuala Lumpur untuk proses bedah siasat, dan hasil autopsi mendapati punca kematian disebabkan hentakan objek tumpul di kepala.

"Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes diminta itu menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di talian 03-40482206. - Getaran, 26 Ogos 2022.

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan