web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Penguatkuasaan Pindaan Akta Pekerja 2021 Ditangguh Januari - M Saravanan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Aug 2022 4:46PM

M Saravanan - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penguatkuasaan Akta Pekerja (Pindaan) 2021 yang dijadualkan bermula 1 September akan ditangguhkan ke 1 Januari tahun depan.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berkata, keputusan berkenaan dibuat selepas berbincang dengan semua pemegang taruh yang mendesak penangguhan itu dilaksanakan, susulan cabaran getir kedudukan ekonomi ketika ini.

“Saya juga telah berbincang dengan beberapa menteri dan Kabinet bersetuju untuk melaksanakan penangguhan ini ke 1 Januari 2023,” katanya pada sidang media di Wisma HRD Corp di sini hari ini.

Penangguhan itu akan membolehkan pemain industri, khususnya majikan bersedia untuk setiap perincian dan pada masa sama, memulihkan kedudukan ekonomi masing-masing.

“Mereka bimbang dengan penguatkuasaan akta itu kerana masing-masing ketika ini sedang berdepan masalah kekurangan tenaga kerja asing, sedangkan ia amat penting untuk meningkatkan produktiviti.

“Jika kita kurangkan waktu bekerja, itu akan memberi kesan kepada pendapatan,” katanya.

Mengulas lanjut Saravanan berkata, penguatkuasaan akta tersebut boleh dilaksanakan sebaik sahaja masalah tenaga kerja asing berjaya diselesaikan.

“Sudah tiga tahun sejak kali terakhir Malaysia membawa masuk tenaga kerja asing. Sudah tentu perkara ini mengambil sedikit masa.

“Tapi ini tidak bermakna kita berdepan masalah dengan negara sumber yang membekalkan pekerja asing ini, cuma proses membawa masuk mereka mengambil sedikit masa.

“Sebagai contoh, hanya ada tujuh penerbangan seminggu dari Bangladesh. Jika ada tujuh penerbangan, berapa ramai pekerja yang boleh dibawa masuk? Maksimum hanya 3,000 pekerja,” jelasnya.

Saravanan memberitahu, kementeriannya sedang mengkaji cadangan untuk menggantikan istilah ‘asing’ kepada perkataan yang kurang mengandungi stigma negatif.

Diharapkan, penangguhan selama tiga bulan itu sudah memadai untuk majikan bersiap sedia sebelum pindaan berkenaan dikuatkuasakan.

Pada 21 Mac, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Pekerja (Pindaan) 2021, yang menampilkan beberapa pembaharuan terhadap industri pekerja, khususnya isu yang menyelubungi kerahan tenaga secara paksa. Ia dijadualkan berkuatkuasa 1 September.

Pindaan tersebut mencakupi pengurangan waktu bekerja dari 48 ke 45 jam, membenarkan pekerja secara fleksibel yang membolehkan mereka memilih lokasi, waktu dan hari bekerja, serta menambah jumlah cuti bersalin daripada 60 hari kepada 98 hari, selaras dengan Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa. – The Vibes, 26 Ogos 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam