web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Selangor Adakan Simulasi Hadapi Banjir Bulan Hadapan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Aug 2022 2:34PM

Banjir besar melanda Selangor tahun lepas dan mengorbankan beberapa nyawa. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor akan mengadakan simulasi persediaan menghadapi risiko banjir di negeri itu dengan penumpuan kepada penambahbaikan operasi mencari dan menyelamat.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata simulasi pada bulan hadapan itu juga akan melibatkan proses pembukaan bilik gerakan dan bilik bantuan. 

“Ketika kejadian banjir lepas, operasi mencari dan menyelamat kita sedikit lewat tapi proses lain sangat baik.

“Jadi sekarang kita belajar daripada pengalaman itu untuk ditambah baik, jika berlaku banjir bagaimana mencari dan menyelamat dilakukan, bagaimana amaran dilaungkan dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pecah tanah rumah mampu milik, Rumah Idaman Bukit Jelutong di sini hari ini.

Mengenai prospek ekonomi global yang dijangka suram pada tahun hadapan, Amirudin berkata kerajaan negeri sedang bersiap sedia menghadapi kemungkinan itu.

“Mesyuarat kerajaan negeri baru-baru ini telah mengarahkan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perdagangan & Perindustrian dan Industri Kecil dan Sederhana negeri Datuk Teng Chang Khim, Perbendaharaan Negeri serta Setiausaha Kerajaan Negeri untuk mewujudkan jawatankuasa bagi menilai kemungkinan berlaku kelembapan ekonomi pada tahun hadapan,” katanya.

Beliau berkata kerajaan negeri akan bersedia dengan merangka langkah yang boleh diambil kerajaan negeri serta mencadangkan penyelesaian tambahan.

“Kita tidak mahu seperti ketika pandemik berlaku... kali ini kita telah lihat seperti ada peningkatan inflasi yang tidak terkawal di samping kegiatan ekonomi yang belum rancak untuk menampung inflasi tersebut. 

“Ini mungkin disebabkan wang helikopter atau mencetak wang ketika COVID-19, jadi kita cuba untuk melihat kemungkinan-kemungkinan langkah yang dibuat kerajaan negeri apabila masanya tiba atau sebelum masanya tiba (kelembapan ekonomi),” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 4 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad