web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Buruh Binaan Maut Dipukul Majikan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Aug 2022 1:19PM

Punca awal kejadian disebabkan mangsa cuba mengambil duit upah membina rumah tanpa pengetahuan majikannya - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GUA MUSANG - Seorang buruh binaan meninggal dunia semalam dipercayai akibat dipukul dengan menggunakan topi keledar oleh majikannya, Isnin lepas.

Pemangku Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata remaja lelaki berusia 16 tahun itu meninggal dunia pada 6.30 pagi ketika dirawat di Hospital Kuala Lipis, Pahang.

Beliau berkata pada Isnin lepas, mangsa mengadu dipukul majikannya di Kampung Mentara Lama, di sini dan dibawa ke Klinik Kesihatan Merapoh, Pahang pada keesokannya sebelum dirujuk ke Hospital Kuala Lipis pada hari sama.

"Siasatan awal mendapati mangsa bekerja dengan suspek sebagai tukang rumah di Kampung Mentara Lama.

"Punca awal kejadian disebabkan mangsa cuba mengambil duit upah membina rumah tanpa pengetahuan majikannya itu. Suspek berang lalu bertindak memukul mangsa menggunakan topi keledar hingga mangsa mengalami kecederaan dan kesakitan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Muhamad Zaki berkata susulan itu, suspek yang berusia 40 tahun direman hingga Selasa ini untuk membantu siasatan.

“Pada awalnya kes ini disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan namun kemudian mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan memandangkan mangsa telah meninggal dunia,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Politik 2 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad