web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Mahkamah Tolak Tuntutan GST Terhadap PETRONAS

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Aug 2022 8:49PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, membenarkan permohonan semakan kehakiman oleh PETRONAS untuk membatalkan notis tuntutan (BOD) dikemukakan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) atas dakwaan syarikat itu membayar cukai barang dan perkhidmatan (GST) kurang RM15 juta daripada nilai sepatutnya.

PETRONAS diwakili peguam cukai, S Saravana Kumar dan Amira Rafie dari Rosli Dahlan Saravana Partnership.

Hakim Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dalam penghakimannya berkata, pihak JKDM ‘khilaf’ dalam mengeluarkan BOD berhubung barangan yang sudah dieksport ke luar negara.

“Dalam mengeluarkan perintah atau certiorari untuk membatalkan BOD, mahkamah juga membuat pengisytiharan bahawa pembekalan etena oleh PETRONAS kepada Idemitsu SM (Malaysia) Sdn Bhd (ISM) adalah eksport dan bukan pembekalan yang dibuat di Malaysia mengikut tujuan serta semangat Akta GST 2014,” katanya.

Pada Disember 2020, JKDM mengeluarkan BOD yang mendakwa bahawa pembekalan etena oleh PETRONAS kepada ISM adalah ‘bekalan buatan Malaysia’ dan bukan untuk dieksport.

Ini adalah kerana walaupun etena sudah dihantar kepada pembeli di luar negara, penghantarannya disokong oleh pengisytiharan eksport (Borang K2) yang diserah kepada JKDM.

Perkara itu berdasarkan Seksyen 17(1)(b) Akta GST yang memperuntukkan bahawa sebarang pembekalan barang dieksport adalah pembekalan ‘berkadar sifar’ dan tidak boleh dicaj kepada GST.

Ketika prosiding, Peguam Persekutuan, M Kogilambigai yang mewakili JKDM mengemukakan hujah bahawa berdasarkan invois cukai dikeluarkan PETRONAS, pemilikan etena dipindahkan daripada PETRONAS kepada ISM walaupun sebelum barangan itu dieksport ke luar negara.

Justeru, beliau berhujah, pembekalan hendaklah tertakluk kepada enam peratus GST kerana ia adalah ‘bekalan dibuat di Malaysia’.

Dalam pengertian ini, hujahnya, JKDM berpandangan ISM adalah ‘pengeksport’ sebenar barangan.

Manakala, peguam PETRONAS ketika perbicaraan itu menegaskan, bahawa pengenaan GST dibuat ke atas pembekalan barang (yang dibekalkan ke luar negara), bukan ke atas pemilikan barang.

“Borang K2 diisytiharkan oleh PETRONAS adalah untuk semua maksud serta tujuan, menjadi bukti bahawa PETRONAS adalah pengeksport etena dan sepatutnya dibenarkan menikmati faedah GST ‘berkadar sifar’ di bawah Seksyen 17(1)(b) Akta GST,” katanya. - Getaran, 25 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Lewis Hamilton Melawat SMK Seri Keramat

2

Ekonomi 2 tahun yang lalu

PETRONAS Bayar Dividen RM40 Bilion Kepada Kerajaan Pada 2023

3

Kolum 2 tahun yang lalu

Bersediakah Kita Menempuhi Tsunami Cukai Yang Bakal Melanda?

4

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

2 Anak Malaysia Galas Tugas Jurutera Bendalir F1 Mercedes-AMG PETRONAS

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 8 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek