Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


LCS: ‘Sesetengah Barang Gantian Dibekalkan Boleh Dibeli Di Pasar Raya Biasa’

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Aug 2022 4:41PM

Laporan Forensik Projek LCS mendedahkan syarikat dikatakan ‘palsu’ yang ditubuhkan untuk menyeleweng dana, Alizes  Marine Limited tidak mempunyai lesen pengeksport alat gantian pertahanan seperti didakwa. - Gambar oleh Laporan Audit Forensik Dalaman BHIC

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Laporan Forensik Projek Kapal Tempur Pesisir (LCS) mendedahkan syarikat dikatakan ‘palsu’ yang ditubuhkan untuk menyeleweng dana, Alizes  Marine Limited tidak mempunyai lesen pengeksport alat gantian pertahanan seperti didakwa.

Lebih teruk, Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, syarikat terbabit menghantar invois bagi barang yang tidak memenuhi syarat alat gantian pertahanan.

Menurutnya, sesetengah barang dibekalkan adalah barang biasa yang boleh dibeli di pasar raya Mydin atau kedai serbaneka, 7-Eleven.

“Kontrak membekalkan kononnya alat-alat gantian kapal diberikan kepada Alizes Marine melibatkan pembayaran sekitar RM210 juta setakat tahun 2011 ke 2015 sahaja.

“Sebab itu ada beberapa soalan penting perlu dijawab berhubung stok alat-alat gantian kerana Laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mendedahkan, projek telah membeli sehingga RM1.7 bilion alat-alat gantian sedangkan kapal belum siap,” katanya menerusi kenyataan.

Pada masa sama, Rafizi melontarkan beberapa persoalan, antaranya berapa banyak dari RM1.7 bilion dibeli itu sebenarnya alat gantian yang diperlukan untuk kapal bagi kerja penyelenggaraan dan membaiki pengangkutan laut terbabit.

Beliau turut membuat pertanyaan berapa banyak dari stok alat gantian itu sebenarnya untuk barang kegunaan harian yang boleh dibeli di pasar raya biasa.

“Apabila UMNO-Barisan Nasional (BN) mendakwa projek telah mencapai 50 peratus kemajuan sehingga 2018 sejak pembinaan bermula, berapa banyak dari peratusan kemajuan itu bersabit dengan pembelian barang-barang yang tidak ada kena-mengena dengan alat gantian kapal seperti ini?

“Kita tahu bahawa kemajuan projek itu mengambil kira semua aktiviti termasuk tempahan alat-alat gantian kapal,” soalnya.

Dengan tiada penafian daripada pihak Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad atau fakta yang menolak pendedahan setakat ini, Rafizi berkata, sudah sampai masanya tindakan politik diambil terhadap pemimpin terbabit.

Jelas Rafizi, terdapat dua tindakan bermaruah perlu disegerakan, iaitu Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu memecat Abdul Latiff dari Jemaah Menteri.

https://rafiziramli.com/2022/08/syarikat-milik-keluarga-menteri-bekal-puting-kapas-telinga-dalam-kontrak-alat-gantian-kapal-perang/

Selain itu, ujarnya, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu memaklumkan secara rasmi kepada Perdana Menteri bahawa BERSATU membuat keputusan supaya Abdul Latiff digantikan dengan calon lain dari parti tersebut di dalam Jemaah Menteri.

“Ini satu ujian penting untuk menilai adakah Tan Sri Muhyiddin Yassin dan BERSATU benar-benar ikhlas menentang rasuah, seperti tulisan beliau yang mengambil kredit atas penghukuman kes SRC International baru-baru ini,” katanya.

Sebelum ini, Rafizi mendedahkan Syarikat Alizes Marine Limited yang digunakan untuk memindahkan wang daripada projek LCS ke akaun di luar negara, dimiliki ahli keluarga Abdul Latiff.

Beliau berkata, ini dibuktikan selepas semakan daripada pangkalan data ‘Paradise Papers’ mengesahkan kewujudan syarikat terbabit dimiliki Zainab Salleh yang juga didakwa isteri kedua kepada Ahli Parlimen Mersing itu. 

Abdul Latiff kemudiannya tampil menafikan individu dikaitkan itu adalah isterinya. - Getaran, 25 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

'Kita Dengar, Kita Jelaskan Dan Kita Ambil Tindakan' - Rafizi

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Lebih Sejuta Sudah Mendaftar Dengan PADU - Rafizi

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Data PADU Tidak Akan Diintegrasi Dengan Sistem Bank - Rafizi

4

Politik 3 bulan yang lalu

Rafizi Rancang Podcast YBM Bermula 8 Januari 

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Individu Hina Institusi Diraja Dikenal Pasti, Lebih 20 Kertas Siasatan Lampau - Fahmi

Semasa 3 jam yang lalu

PJMR 2024 Dijangka Catat RM1.6 Juta Nilai Jualan – Ewon

Semasa 1 hari yang lalu

Ugutan Bunuh: Dr Akmal Buat Laporan Polis

Semasa 1 hari yang lalu

Mesyuarat Dwirangkaian 5G Dijangka Diadakan Minggu Depan