web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


“Besar kemungkinan Najib Akan Diampunkan” - Tun M

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Aug 2022 11:40AM

Tun Mahathir percaya mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan mendapat pengampunan diraja bagi hukuman penjara atas kesalahan menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd. - Gambar oleh Norman Goh

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tun Dr Mahathir Mohamad percaya besar kemungkinan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan mendapat pengampunan diraja bagi hukuman penjara atas kesalahan menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd.

Susulan itu, beliau meluahkan rasa kesal dengan kelewatan perbicaraan kes SRC International Sdn Bhd membabitkan Najib sehingga menyebabkan banyak kes lain tertangguh.

“Ada pepatah Inggeris berkata “justice delayed is justice denied” yang boleh kita terjemah sebagai “keadilan yang tertangguh adalah keadilan yang terabai”.

“Kerana kes SRC Najib mengambil masa yang amat panjang (empat tahun), banyaklah kes pencurian, salah guna kuasa, rasuah melibatkan ramai tokoh politik tertangguh dan tidak dihadap ke mahkamah.

“Ada penjenayah yang meninggal dunia pun. Kelewatan perbicaraan akan menghasil keadilan terabai,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, perbicaraan kes lain membabitkan mantan Presiden UMNO itu pasti mengambil masa yang panjang.

“Saya percaya hakim juga kurang senang dengan begitu banyak kes tertangguh. Kelewatan ini menjadi lebih buruk kerana perlakuan Najib dan peguamnya.

“Bermacam-macam alasan digunakan untuk menghalang perbicaraan,” katanya.

Malah Dr Mahathir berkata, ketika ini banyak laporan dibuat berkenaan kes rasuah serius yang belum dibicarakan.

“Besar kemungkinan penjenayah akan terlepas daripada dihukum atas jenayah dilakukan mereka. Benarlah seperti pepatah Inggeris bahawa keadilan yang tertangguh adalah keadilan yang terabai.

“Bagi Najib besar kemungkinan dia akan diampun setelah dipenjarakan,” katanya.

Semalam, sekumpulan individu dipercayai penyokong Najib berkumpul di Pintu 3 Istana Negara di sini untuk merayu kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah agar memperkenan pengampunan diraja serta merta kepada beliau.

Malah Pertubuhan Jalinan Perpaduan Negara Malaysia (PJPNM) turut menyerahkan satu memorandum kepada pihak Istana Negara bagi tujuan sama.

Pada Selasa lalu, Najib dihantar ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman penjara selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta ke atas beliau kerana menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Hari ini, Najib hadir perbicaraan kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Kompleks Mahkamah Tinggi di sini pada jam 8.30 pagi.

Beliau dilihat dibawa menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV) berwarna hitam dan diiringi pihak polis dan Jabatan Penjara.

Ia adalah penampilan pertama Ahli Parlimen Pekan itu selepas dua hari menjalani hukuman di Penjara Kajang.

Najib menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Perbicaraan hari ini berlangsung di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah. - Getaran, 25 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Lembaga Pengarah SRC Dilantik Untuk Laksana Kehendak Najib - Bekas Pengarah SRC

2

Kolum 2 tahun yang lalu

Tun M, Bertenanglah, Tak Perlu Takut Dengan Siasatan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kerajaan Bantah Keras Kenyataan Tidak Bertanggungjawab Tun M - Anwar

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kes Dana 1MDB: Pendakwaan Dibenar Pinda 3 Pertuduhan Terhadap Najib

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 11 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan