Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 6 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Generasi Muda Perlu Pelihara Perpaduan, Kepelbagaian Negara - Merdeka Kuartet

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Aug 2022 9:00AM

(Dari kiri) Wee Ka Siong, Annuar Musa, M.Saravanan dan Alexander Nanta Linggi ketika menyertai program bual bicara Agenda Awani Merdeka Kuartet: Menyantuni Aspirasi Keluarga Malaysia. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kuartet Merdeka mahu generasi akan datang terus memelihara perpaduan dan kepelbagaian masyarakat yang menjadi kekuatan Malaysia demi kemakmuran, kesejahteraan serta keamanan negara.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata kepelbagaian dan perpaduan yang menjadi asas pembentukan negara perlu menjadi wadah yang diwariskan kepada generasi muda. 

Pengerusi Jawatankuasa Induk sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022 itu berkata Malaysia dizahirkan daripada kepelbagaian masyarakatnya yang memperjuang kemerdekaan secara bersama serta berlandaskan perpaduan.

"Konsep perpaduan adalah penting bagi Malaysia malah tema Hari Kebangsaan pada tahun ini pun Keluarga Malaysia Teguh Bersama.

“Perdana Menteri memilih  suasana kebersamaan untuk menjadi falsafah dalam pengurusan negara,” katanya dalam program bual bicara Agenda Awani Merdeka Kuartet: Menyantuni Aspirasi Keluarga Malaysia yang disiarkan oleh Astro Awani malam tadi. 

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, yang turut menjadi tetamu program itu, berkata Malaysia mencapai kemerdekaan kerana wujud persefahaman antara kaum dan setiap generasi muda perlu menghayati sejarah ini.  

"Kejayaan terbesar Malaysia ialah dalam kepelbagaian kita dapat bersatu. Kepelbagaian adalah khazanah negara,” katanya. 

Beliau berkata perpaduan negara bermula dengan semangat toleransi, hormat-menghormati dan menghayati budaya orang lain oleh generasi terdahulu. 

Bagi Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M.Saravanan, perpaduan yang menjadi budaya masyarakat Malaysia adalah kekuatan negara apabila dalam keadaan kelembapan ekonomi, krisis kesihatan dan isu politik negara mampu bangkit bagi mengatasi masalah pengangguran. 

 "Ketika Perintah Kawalan Pergerakan, kadar pengangguran ialah 5.3 peratus dan dalam 12 bulan, ia  turun kepada 4.3 peratus. Kini negara sedang berusaha capai kadar pengangguran 3.5 peratus yang boleh dianggap tiada pengangguran,” katanya. 

Beliau berkata dalam merencana pelbagai program untuk rakyat, kerajaan sentiasa memastikan semua lapisan masyarakat daripada pelbagai latar belakang dibantu dan tidak ada yang tercicir.  

Seorang lagi anggota Merdeka Kuartet iaitu Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri  Alexander Nanta Linggi pula berkongsi semangat perpaduan masyarakat di Sarawak yang terdiri daripada pelbagai etnik serta suku kaum. 

“Sarawak tidak memandang kepada perbezaan suku kaum. Kalau di satu-satu kawasan itu majoritinya masyarakat Iban, suku kaum lain akan belajar Bahasa Iban. 

“Kalau Melanau, mereka juga akan belajar Bahasa Melanau malah mereka bangga dapat kuasai bahasa suku kaum kawan,” katanya.

Beliau juga berkata di Sarawak, komuniti di setiap rumah ibadat seperti gereja, surau dan tokong saling bantu-membantu antara satu sama lain kerana perbezaan diraikan di Bumi Kenyalang sebagai satu aset. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Teladani Perpaduan Rakyat Sarawak, Urus Perbezaan Dengan Ihsan Dan Hikmah - PM

2

Semasa 3 minggu yang lalu

‘Perpaduan Pelbagai Kaum Hadiah Terbaik Untuk Saya’ - Agong

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Laluan Seksyen 6 WCE Dibuka Tengah Malam Ini, Pengecualian Tol Hingga 2 Januari

4

Semasa 6 bulan yang lalu

1,577 Cerun Berisiko Tinggi Dikenal Pasti Di Seluruh Negara - Menteri

Sorotan

1

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam

2

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry

3

JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain – PM

4

Peluang PN Menang Di KKB Lebih Besar Kalau Calon Melayu - Sanusi

5

MCMC Ambil Keterangan Chegubard, Salim Iskandar Dan Papagomo

6

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti – PM

7

200 Ulama Nusantara Dijangka Hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei Ini

Disyorkan untuk anda

Sukan 16 jam yang lalu

KDA FC Langsai Keseluruhan Tunggakan Gaji Pemain, Pegawai

oleh Rafisqi Radhi

Luar Negara 32 minit yang lalu

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam

Semasa 20 jam yang lalu

Belanjawan Pertahanan Beri Impak Penganjuran DSA, NATSEC Asia Untuk Kekal Relevan

Pendidikan 1 hari yang lalu

6,034 Guru Lantikan Kontrak Ditempatkan Di Sekolah KPM