Berita Terkini

15 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Khairuddin Menang Saman, Dapat Ganti Rugi RM300,000

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Aug 2022 12:47PM

Khairuddin Abu Hassan - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli politik, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan hari ini memperoleh ganti rugi RM300,000 oleh Mahkamah Tinggi kerana ditahan menyalahi undang-undang, tujuh tahun lepas.

Hakim Mahkamah Tinggi Quay Chew Soon membenarkan saman Khairuddin terhadap bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, bekas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali dan enam individu lain berhubung penahanannya di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

“Saya membenarkan tuntutan plaintif bagi tahanan menyalahi undang-undang dan memberikan ganti rugi sebanyak RM300,000. Tetapi saya menolak tuntutan plaintif untuk pendakwaan berniat jahat,” kata Chew Soon ketika menyampaikan keputusan melalui prosiding secara dalam talian hari ini.

Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla mewakili Khairuddin, selaku plaintif manakala Peguam Kanan Persekutuan Andi Razalijaya A Dadi mewakili lapan defendan.

Selain Khalid dan Mohamed Apandi, enam individu yang dinamakan sebagai defendan ialah ASP Wan Aeidil Wan Abdullah dan ASP C Muniandy, kedua-duanya pegawai penyiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman; Timbalan Ketua Polis Ibu Pejabat Daerah Dang Wangi, Supt Habibi Majinji, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Masri Mohd Daud, Peguam Kanan Persekutuan Awang Armadajaya Awang Mahmud dan Kerajaan Malaysia.

Dalam saman yang difailkan pada Mei 2018, Khairuddin mendakwa beliau telah ditahan pihak berkuasa pada 18 September 2015 mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan.

Pada 23 September tahun sama selepas dibebaskan, plaintif ditahan semula mengikut SOSMA dan telah berada dalam tahanan sebelum dituduh di Mahkamah Majistret di sini mengikut Seksyen 124L akta sama atas dakwaan cuba mensabotaj perkhidmatan perbankan dan kewangan negara.

Mahkamah juga memerintahkan defendan membayar kos RM50,000 kepada Khairuddin.

Chew Soon dalam penghakimannya berkata defendan telah menyalahi undang-undang menangkap dan menahan plaintif di bawah SOSMA.

Bagi tangkapan pertama selama enam hari dari 18 September hingga 23 September 2015, di bawah Seksyen 124C, defendan berhujah bahawa adanya laporan polis pengadu dengan sendirinya adalah bukti yang mencukupi bahawa keperluan tangkapan telah dipenuhi, yang disangkal oleh hakim.

“Untuk menentukan sama ada penahanan adalah wajar bergantung sama ada defendan mempunyai ‘maklumat yang boleh dipercayai’ atau ‘syak wasangka yang munasabah’ untuk melakukan penangkapan pada setiap masa yang perlu.

“Berdasarkan laporan polis pengadu, saya tidak melihat apa-apa bahan yang mewajarkan penangkapan terhadap Khairuddin atas kesalahan di bawah Seksyen 124C, iaitu berkaitan ‘aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen’ atau melakukan apa-apa tindakan,” kata hakim itu.

Hakim Chew Soon berkata ia berikutan tindakan defendan dalam memutuskan untuk tidak meneruskan pendakwaan terhadap plaintif mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan.

Bagi tangkapan kedua selama 56 hari di bawah Seksyen 124K atau 124L Kanun Keseksaan, hakim mendapati defendan telah menangkap dan menahan Khairuddin di bawah SOSMA secara tidak sah apabila plaintif tidak disiasat di bawah kesalahan yang termasuk dalam akta tersebut.

“Saksi defendan sepanjang perbicaraan gagal memberi justifikasi sebab mengapa Khairuddin perlu ditangkap dan direman di bawah SOSMA. Saksi defendan gagal memberi keterangan di mahkamah sebab plaintif perlu disiasat atas kesalahan di bawah Seksyen 124K atau 124L,” katanya.

Mengenai tuntutan plaintif bagi pendakwaan berniat jahat, hakim memutuskan Khairuddin gagal untuk membuktikan secara imbangan kebarangkalian, niat jahat di pihak defendan.

Menurut plaintif, pendakwaan terhadapnya dilakukan semata-mata kerana beliau bersubahat untuk menyokong dan menyediakan penipuan palsu terhadap Najib yang merupakan Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Pengerusi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ketika itu. Dan pendakwaan terhadapnya adalah semata-mata untuk menjaga kepentingan Najib.

“Plaintif tidak menunjukkan bahawa tujuan pendakwaan terhadapnya adalah untuk menutup aktiviti Najib, lebih-lebih lagi Najib bukanlah satu daripada pihak dalam saman itu,” katanya.

Chew Soon berkata secara keseluruhan, keterangan yang dikemukakan oleh plaintif tidak membuktikan niat jahat di pihak defendan.

“Saya menerima bahawa defendan tidak mempunyai sebab yang munasabah dan kemungkinan penyebab.

“Saya percaya defendan tidak mempunyai niat jahat atau motif selain membawa pesalah ke muka pengadilan dan membantu dalam penguatkuasaan undang-undang.

“Oleh itu, saya menolak tuntutan plaintif berkenaan pendakwaan terhadapnya dilakukan dengan niat jahat,” tambahnya.

Sementara itu, Khairuddin dalam kenyataan media berkata beliau bersyukur dan amat gembira dengan keputusan mahkamah hari ini yang berpihak kepadanya.

“Kebenaran telah timbul untuk membuktikan perjuangan saya membuat laporan-laporan kes skandal 1MDB di Singapura, Hong Kong, Perancis, Switzerland, United Kingdom dan Amerika Syarikat terbukti mempunyai asas kebenarannya,” katanya dan menambah akan memfailkan rayuan berhubung jumlah ganti rugi. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Mantan Ketua Polis Negara, Tun Mohammed Hanif Omar Meninggal Dunia

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Buat Kenyataan Berunsur Fitnah, Aliff Syukri Disaman RM70 Juta

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Kertas Siasatan Ketua Pemuda UMNO Dirujuk Pejabat Peguam Negara Minggu Depan - KPN

4

Selebriti 2 bulan yang lalu

Puteri Sarah Saman Pegawai Pemasaran RM1 Juta

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

Semasa 12 jam yang lalu

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

Semasa 1 hari yang lalu

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

Semasa 6 jam yang lalu

Lelaki Lemas Ketika Bercuti Di Air Terjun Sekayu