web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pemuda UMNO Gesa Mahkamah Jawab Penularan Dokumen Didakwa Keputusan Kes Najib

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Aug 2022 6:50PM

Dr Asyraf Wajdi Dusuki - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki melahirkan rasa terkejut dan mempersoalkan mengenai penularan dokumen dikatakan sebagai keputusan penghakiman Mahkamah Persekutuan terhadap rayuan kes SRC International Sdn Bhd membabitkan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak walaupun prosiding masih berjalan.

Beliau berkata, dokumen mula dimuatnaik di sebuah laman sesawang itu, tular menerusi banyak kumpulan Whatsapp dan media sosial.

Justeru, Asyraf Wajdi menggesa pihak mahkamah membuat penafian segera berhubung isu terbabit bagi mengelakkan timbul prasangka negatif, sekali gus mencalar imej institusi kehakiman negara.

“Amat memeranjatkan apabila tular satu dokumen yang dikatakan satu kertas keputusan penghakiman Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan terhadap rayuan kes SRC Datuk Seri Najib Razak walaupun prosiding mahkamah masih berjalan.

“Persoalannya apakah dokumen ini benar dan asli? Apakah ada agenda jahat untuk memperkotak-katikkan prinsip keadilan dalam negara?

“Perlu ada penafian segera daripada pihak mahkamah agar tidak timbul prasangka negatif yang boleh mencalar imej institusi kehakiman negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

 

Amat memeranjatkan apabila tular satu dokumen yang dikatakan satu kertas keputusan penghakiman Hakim-Hakim Mahkamah...

Posted by DR ASYRAF WAJDI DUSUKI on Tuesday, August 23, 2022

Asyraf Wajdi berkata, Pemuda UMNO akan membuat laporan polis berhubung penularan itu.

“Ia agar satu siasatan segera dapat dilakukan terhadap penularan dokumen ini,” katanya.

Terdahulu, Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap mantan Perdana Menteri itu dalam kes penyelewengan dana terbabit.

Panel lima hakim yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara membuat keputusan itu.

Tengku Maimun berkata, sabitan itu tidak keterlaluan.

“Rayuan ini dengan sebulat suara ditolak dan sabitan dan hukuman dikekalkan.

“Saya dengan ini mengumumkan waran komital (perintah menjalani hukuman penjara),” katanya yang memerintahkan prosiding tamat.

Beliau turut memerintahkan Najib menjalani hukuman penjara 12 tahun berkuat kuasa hari ini. – Getaran, 23 Ogos 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 18 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad