web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Serang Polis Guna Tukul Besi, Lelaki Algeria Ditahan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Aug 2022 6:36PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dua anggota polis cedera selepas diserang seorang lelaki warga Algeria dengan menggunakan tukul besi ketika sedang bertugas di Pos Pengawal Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 1.40 pagi itu, suspek dikatakan ke pondok pengawal terbabit secara bersendirian sebelum didatangi seorang daripada anggota polis berkenaan yang cuba bertanya tujuan dia ke IPPKL.

Bagaimanapun, difahamkan, suspek tiba-tiba mengeluarkan tukul besi dari belakang badannya dan mengetuk kepala anggota itu hingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan.

Suspek kemudian meluru masuk ke kawasan IPKKL sebelum mengejar seorang lagi anggota pengawal sambil mengetuk belakang badan individu terbabit.

Noor Dellhan Yahaya
Noor Dellhan Yahaya

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya, ketika mengesahkan kejadian berkata, suspek dipercayai cuba merampas senjata api anggota pengawal pos terbabit namun tidak berjaya.

“Suspek akhirnya ditahan beberapa anggota di lokasi kejadian dan mengalami kecederaan akibat pergelutan terlalu agresif.

“Suspek dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut, namun polis sudah mendapatkan perintah reman selama tiga hari bermula hari ini terhadapnya.

“Kita sedang menyiasat motif suspek dan kemungkinan dia mengalami masalah mental, di bawah pengaruh dadah atau mabuk ketika kejadian,” katanya ketika dihubungi Getaran, hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan, iaitu dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata atau cara berbahaya, Seksyen 447 Kanun Keseksaan (menceroboh) dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (tidak memiliki permit sah). – Getaran, 23 Ogos 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 5 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan