web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


LCS: Adakah Kita Percayakan Abdul Latiff Atau Laporan Audit Forensik?

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Aug 2022 7:00AM

Projek Kapal Tempur Pesisir (LCS) - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Mersing, Datuk Abdul Latiff Ahmad nampaknya perlu membuat beberapa penjelasan selepas dokumen laporan Audit Forensik berkaitan Kapal Tempur Pesisir (LCS) yang dinyahklasifikasi malam tadi, mendedahkan wanita yang dinamakan terbabit dalam skandal projek itu adalah isterinya walaupun beliau menafikan hubungan berkenaan.

Laporan dilakukan Boustead Heavy Industries Corporation Berhad (BHIC) menyebut nama Abdul Latiff yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) beberapa kali, termasuk satu daripadanya menyatakan mengenai hubungan perkahwinan beliau dengan Zainab Mohd Salleh.

“Adalah dimaklumkan bahawa Latiff adalah suami kepada Zainab,” menurut laporan itu.

Malam tadi, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein memaklumkan, laporan Audit Forensik dalaman dilaksanakan Boustead Heavy Industries Corporation Bhd (BHIC) berkaitan skandal LCS sudah didedahkan.

Menerusi kenyataan ringkas di media sosial, Hishammuddin berkata, laporan itu boleh diakses di laman sesawang Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen.

Ini adalah laporan ketiga berkaitan LCS didedahkan kepada umum, susulan laporan PAC yang dilaksanakan berhubung perkara itu serta laporan oleh Jawatankuasa Khas Penyiasatan Tadbir Urus, Perolehan Kerajaan dan Kewangan (JKSTUPKK).

Bagaimanapun, laporan Audit Forensik dalaman BHIC di laman sesawang Parlimen mempunyai beberapa perenggan dan carta yang ‘dihitamkan’.

Ia didakwa sebagai cubaan untuk ‘menutup’ penyelewengan.

Kenyataan laporan itu mengenai Abdul Latiff adalah selari dengan dakwaan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli bahawa wujud dokumen rasmi menyatakan hubungan antara pemimpin terbabit dan Zainab.

Abdul Latiff bagaimanapun menafikan dakwaan Rafizi, sambil menegaskan beliau sedia disiasat berhubung isu itu.

Penafian Abdul Latiff turut mendapat reaksi Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki yang mempersoalkan sama ada orang ramai harus mempercayai pemimpin itu atau laporan Audit Forensik.

“Antara kata-kata Menteri Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Abdul Latiff Ahmad dengan laporan penuh Audit Forensik yang baru dikeluarkan, siapakah yang harus lebih dipercayai?

“Jelas dalam dokumen muka surat 96, menyatakan bahawa Zainab adalah isteri kepada Abdul Latiff Ahmad.

“Siapakah yang menipu, Abdul Latiff atau laporan Audit Forensik,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Berdasarkan laporan dalaman, Rafizi berkata, Zainab adalah pemegang saham Alizes Marine Ltd yang berpangkalan di Malta, iaitu sebuah syarikat diperbadankan di luar pesisir yang didakwa melakukan transaksi penipuan bernilai RM23.37 juta ke akaun asing.

Abdul Latiff adalah Timbalan Menteri Pertahanan dari tahun 2008 hingga 2013 ketika kementerian itu diterajui Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Pendedahan Rafizi semalam susulan pembongkaran beliau dalam beberapa minggu lalu berhubung projek LCS membabitkan pembinaan enam kapal milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bernilai RM9 bilion.

Semalam, anak perempuan kepada Zainab Mohd Salleh menafikan dakwaan ibunya yang juga Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Dialog Group Bhd terbabit dalam skandal LCS sebagai isteri Abdul Latiff.

Menerusi pesanan ringkas kepada The Vibes, Syaza Nazura menafikan penglibatan ibu bapanya dalam projek terbabit, sambil menegaskan nama wanita yang disebut itu adalah individu berbeza. – The Vibes, 23 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Syed Saddiq Jangan Alih 'Tiang Goal' Isu Sebenar LCS, Permohonan MUDA Bersama PH Perlu Dinilai

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Prosiding LCS: PAC Rakam Keterangan 3 Saksi

3

Semasa 3 tahun yang lalu

LCS: PAC Lawat TLDM Lumut, Mula Prosiding Sabtu Ini

4

Semasa 3 tahun yang lalu

LCS: MOF Tubuh SPV, Ambil Alih BNS Sebagai Anak Syarikat - Mohamad

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 16 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad