web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 18 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


'Zainab Mohd Salleh Bukan Isteri Saya' - Abdul Latiff

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Aug 2022 2:28PM

Dr Abd Latiff Ahmad - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad tampil menafikan individu dikaitkan dengan projek  kapal tempur pesisir (LCS), iaitu Zainab Mohd Salleh adalah isterinya.

“Merujuk kepada laporan berita yang tular berkaitan siasatan projek LCS, saya menegaskan bahawa Zainab Mohd Salleh bukan isteri saya seperti mana dinyatakan dalam berita tersebut. 

“Sebagai anggota Kabinet, saya bersedia memberi kerjasama penuh sekiranya pihak berkuasa ingin menjalankan siasatan selanjutnya,” kata Ahli Parlimen Mersing itu menerusi kenyataan hari ini.

Abdul Latiff berkata demikian sebagai membalas dakwaan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli hari ini bahawa Syarikat Alizes Marine Limited yang digunakan untuk memindahkan wang daripada projek LCS ke akaun di luar negara, dimiliki ahli keluarganya.

Rafizi menegaskan, ia dibuktikan selepas semakan daripada pangkalan data ‘Paradise Papers’ mengesahkan kewujudan syarikat terbabit dimiliki Zainab yang didakwanya sebagai isteri kedua kepada Abdul Latiff.

“Semasa skandal ini berlaku, beliau (Abdul Latiff) adalah pemimpin UMNO sebelum menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 2018. Laporan siasatan dalaman projek LCS juga secara jelas menyebut bahawa Zainab adalah isteri kepada Abdul Latiff.

“Muka surat 96, perenggan 3.16.13.2 dalam laporan itu menyebut siasatan mengambil maklum bahawa Abdul Latiff adalah suami kepada Zainab,” kata Rafizi.

Menurut mantan Ahli Parlimen Pandan berkenaan, Abdul Latiff dilantik Timbalan Menteri Pertahanan bagi tempoh 2008 hingga 2013, manakala Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pula adalah Menteri Pertahanan ketika itu.

Terdahulu, Rafizi mendakwa Alizes Marine Limited adalah syarikat yang ditubuhkan untuk memindahkan wang daripada projek LCS ke akaun di luar negara. - Getaran, 22 Ogos 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar