web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 18 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Syarikat Palsu Seleweng Dana LCS Didakwa Milik Isteri Abdul Latiff?

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Aug 2022 1:01PM

Rafizi Ramli - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli mendedahkan Syarikat Alizes Marine Limited digunakan untuk memindahkan wang daripada projek kapal tempur pesisir (LCS) ke akaun di luar negara, dimiliki ahli keluarga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad.

Beliau berkata, ini dibuktikan selepas semakan daripada pangkalan data “Paradise Papers” mengesahkan kewujudan syarikat terbabit dimiliki Zainab Mohd Salleh yang juga isteri kedua kepada Ahli Parlimen Mersing itu.

Dr Abdul Latiff Ahmad - Gambar fail
Dr Abdul Latiff Ahmad - Gambar fail

“Semasa skandal ini berlaku, beliau (Abdul Latiff) adalah pemimpin UMNO sebelum menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 2018.

“Laporan siasatan dalaman projek LCS juga secara jelas menyebut bahawa Zainab adalah isteri kepada Abdul Latiff.

“Muka surat 96, perenggan 3.16.13.2 dalam laporan itu menyebut siasatan mengambil maklum bahawa Abdul Latiff adalah suami kepada Zainab,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

 

Dari Rafizi Ramli 22 Ogos 2022 SYARIKAT PALSU DIMILIKI KELUARGA MENTERI Minggu lalu, saya telah mendedahkan bagaimana...

Posted by Rafizi Ramli on Sunday, August 21, 2022

Menurut beliau lagi, Abdul Latiff dilantik Timbalan Menteri Pertahanan bagi tempoh 2008 hingga 2013 manakala Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pula adalah Menteri Pertahanan ketika itu.

Terdahulu, Rafizi mendakwa Alizes Marine Limited merupakan syarikat yang ditubuhkan untuk memindahkan wang daripada projek LCS ke akaun di luar negara.

Jelas beliau, meskipun projek LCS menerima invois yang seolah-olah datang daripada Alizes Marine France, bayaran sebenarnya dibuat menerusi akaun di Singapura yang dimiliki syarikat lain menggunakan nama Alizes Marine Limited (hampir sama tetapi berlainan).

Mengulas lanjut, Rafizi berkata, berdasarkan kertas siasatan dalaman skandal LCS, syarikat dimiliki Zainab jelas menyeleweng dana projek tersebut.

Katanya, perkara itu dibuktikan selepas syarikat terbabit dilantik menjadi juru runding teknikal walaupun tiada kepakaran mengendalikan projek tersebut.

“Mereka menghantar invois bagi kerja yang tidak dilaksanakan. Sebanyak RM23.37 juta diseleweng menggunakan kaedah ini di awal pelaksanaan projek sekitar 2011 hingga 2014.

“Alizes Marine juga dilantik sebagai pembekal alat-alat gantian kepada projek LCS. Lantikan itu berdasarkan maklumat palsu kononnya mempunyai lesen dari Perancis menjadi pengeksport global alat gantian pertahanan (sedangkan tidak mempunyai lesen itu).

“Projek LCS membayar sekitar RM210 juta bagi alat-alat gantian dibekalkan oleh syarikat Perancis tetapi bayaran diseleweng ke syarikat palsu yang ditubuhkan di Malta dan Labuan,” katanya.

Rafizi kini menunggu reaksi daripada pimpinan UMNO, PAS dan BERSATU yang membentuk kerajaan Persekutuan kali ini. - Gambar dari Facebook Hishammuddin Hussein
Rafizi kini menunggu reaksi daripada pimpinan UMNO, PAS dan BERSATU yang membentuk kerajaan Persekutuan kali ini. - Gambar dari Facebook Hishammuddin Hussein

Dalam pada itu, Rafizi mendedahkan, hasil penelitian pihaknya turut mendapati skim penyelewengan dana awam daripada projek LCS itu dilakukan selama bertahun-tahun dan secara terancang.

Mantan Ahli Parlimen Pandan itu juga mengesahkan bahawa wujud pelbagai bentuk kontrak pertahanan lain dikaitkan dengan Abdul Latiff.

“Ada beberapa projek pertahanan negara lain turut melibatkan Alizes Marine dan beberapa syarikat lain yang dimiliki serta dikawal Abdul Latiff sendiri atau isterinya.

“Pelbagai maklumat ini akan keluar pada kadar segera. Hakikat bahawa skim menyeleweng dana LCS menggunakan syarikat palsu dimiliki Timbalan Menteri Pertahanan pada ketika itu bukan satu kebetulan. 

“Sebab itu, saya dari awal menuntut penjelasan daripada Ahmad Zahid sebagai Menteri Pertahanan yang bertanggungjawab menukar reka bentuk kapal dari Sigma kepada Gowind, dan Datuk Seri Najib Razak merupakan Menteri Kewangan dan Perdana Menteri ketika itu,” katanya.

Justeru, beliau berharap agar pendedahan ini menutup mulut UMNO dan Barisan Nasional (BN) selepas cuba menyerang pesara tentera laut apabila skandal LCS diketahui umum. 

“Skandal sebesar ini tidak boleh berlaku tanpa ada dalang dalam kalangan pimpinan UMNO yang membuat keputusan besar pada ketika itu, sedangkan pesara tentera laut hanya bersubahat melaksanakan penyelewengan. 

“Saya juga berharap pimpinan Perikatan Nasional (PN) dari BERSATU dan PAS mula sedar bahawa skandal LCS ini turut mengheret mereka kerana pimpinan kanan, Abdul Latiff dan keluarganya terlibat secara langsung di dalam syarikat palsu yang menyeleweng dana projek LCS.

“Saya menunggu reaksi pimpinan UMNO, PAS dan BERSATU yang membentuk kerajaan Persekutuan kali ini,” katanya. - Getaran, 22 Ogos 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan