web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Isu Darah Beku, Vaksin AstraZeneca Perlu Diteliti - Pakar

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Apr 2021 5:04PM

Prof Madya Dr Nazlina Ibrahim - Gambar dari ukm.my

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan diminta meneliti setiap kes darah beku penerima vaksin yang dilaporkan berlaku di beberapa negara Eropah membabitkan vaksin AstraZeneca sebelum penggunaannya diteruskan.

Menurut pakar, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) perlu mengambil serius dalam memutuskan penggunaan vaksin jenis itu, sama ada akan diteruskan atau tidak berdasarkan laporan sebenar pesakit.

Pakar Virologi Molekul, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Nazlina Ibrahim berkata, insiden darah beku yang berlaku di Eropah tidak semestinya boleh terjadi di negara ini berdasarkan perbezaan genetik.

Katanya, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa kes darah beku atau blood clot yang dilaporkan di Eropah itu ada kaitan dengan soal genetik.

“Fasa ketiga program imunisasi ini adalah ujian klinikal terhadap manusia justeru, setiap masalah yang berlaku akan didokumentasikan supaya penambahbaikan boleh dibuat.

“Kumpulan genetik kita dengan orang di Eropah adalah berbeza, justeru kejadian yang berlaku di sana mungkin disebabkan perkara itu,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Bagaimanapun, Dr Nazlina berpendapat, pengambilan vaksin AstraZeneca tidak boleh ditangguhkan kerana keperluan terhadap vaksin sangat tinggi di negara ini.

“Bilangan penduduk negara sangat ramai namun pengeluaran vaksin amat terhad untuk menampung permintaan di seluruh dunia, jadi pengambilannya amat penting kepada Malaysia.

Beliau turut senada dengan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Noor Hisham Abdullah bahawa Malaysia akan terus menggunakan vaksin COVID-19 jenis AstraZeneca kerana insiden membabitkan vaksin itu jarang berlaku, malah manfaatnya turut melebihi risiko.

“Saya percaya kerajaan kita bukan zalim atau tidak bertimbang rasa, namun mereka melihat kepada mana yang lebih, sama ada manfaat daripada vaksin berkenaan atau pun risiko.

“Berdasarkan laporan memang nampak ia berisiko namun kita perlu lihat dari segi peratusan risiko itu dan perhalusi punca sebenar ia berlaku,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan bahawa Malaysia akan terus menggunakan vaksin COVID-19 jenis AstraZeneca kerana insiden membabitkan vaksin itu jarang berlaku maka manfaatnya melebihi risiko.

Bagaimanapun, Dr Noor Hisham, berkata Malaysia perlu lebih berhati-hati dengan penggunaan vaksin itu kerana insiden darah beku dan kematian dilaporkan berlaku di banyak negara.

“Kami akan meneruskannya, kami tidak mempunyai alasan untuk menghentikannya kerana seperti yang telah saya katakan, kita melihat manfaatnya melebihi risiko,” katanya.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin pula dilaporkan berkata, kerajaan telah menyediakan beberapa pelan sandaran jika penggunaan vaksin AstraZeneca ditangguh dan langkah itu akan diambil sekiranya vaksin terbabit didapati tidak sesuai digunakan di negara ini.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba pula mengesahkan yang Malaysia akan meneruskan penggunaan vaksin AstraZeneca selepas perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) hari ini. - Getaran, 6 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 5 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar