web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ustaz, 3 Warden Pusat Pemulihan Dadah Direman Seminggu Berhubung Kes Bunuh

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Aug 2022 6:04PM

Omar Bakhtiar Yaacob - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Seorang ustaz dan tiga warden yang ditahan berhubung kematian seorang penghuni sebuah pusat pemulihan dadah di Padang Rengas, Kuala Kangsar akibat kecederaan parah selepas mengamuk pada Rabu, direman seminggu.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Omar Bakhtiar Yaacob berkata permohonan tempoh reman ke atas keempat-empat lelaki berusia lingkungan 20-an itu, dibuat di Mahkamah Majistret Taiping hari ini bagi membantu siasatan lanjut.

“Mereka direman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga Jumaat depan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Semalam, polis menahan empat lelaki itu bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Pada Rabu, polis menerima laporan mengenai kematian lelaki berusia 25 tahun yang beralamat di Shah Alam, Selangor itu daripada doktor bertugas di Hospital Kuala Kangsar yang menerima pesakit tidak menyedarkan diri di dalam sebuah kereta pada kira-kira pukul 8.10 malam.

Pesakit yang dibawa oleh seorang ustaz dan tiga orang warden daripada pusat pemulihan itu kemudian dibawa ke wad kecemasan bagi ujian COVID-19 dan Xray keseluruhan tubuh mangsa kerana terdapat kesan luka di bahagian dahi serta kesan lebam di bahagian muka, mata kiri, dada, kedua-dua belah kaki dan tangan mangsa.

Sebelum itu, mangsa dilaporkan bercakap seorang diri dan cuba melarikan diri beberapa kali namun berjaya ditangkap selain dikatakan bertindak cuba mencederakan salah seorang warden dengan menggunakan sebilah pisau lalu mengamuk pada tengah hari.

Mangsa berjaya ditangkap dan ditenangkan selepas berlaku pergelutan dengan cara warden beberapa kali menumbuk pada bahagian badan mangsa namun pada pukul 4.45 petang, mangsa cuba melarikan diri sekali lagi dan terjun dari tangga tingkat satu bangunan yang berketinggian kira-kira lapan meter.

Selepas berjaya ditangkap semula, mangsa diikat kaki dan tangan menggunakan kain lalu ditempatkan di dalam bilik tetamu namun mangsa beberapa kali menghentak kepalanya di lantai dan dinding sehingga luka serta berdarah sebelum warden mendapati mangsa tidak menyedarkan diri pada 7.45 malam dan membawanya ke hospital.

Bedah siasat yang dijalankan di Unit Forensik Hospital Kuala Kangsar semalam mendapati punca kematian adalah kecederaan parah pada bahagian dada serta otot-otot dan tisu badan disebabkan trauma tumpul. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 13 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Semasa 14 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

3

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

4

Semasa 3 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek