web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KEMAS Antara Kisah Kejayaan Malaysia, Main Peranan Penting Didikan Awal Kanak-Kanak

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Aug 2022 12:30PM

Ismail Sabri - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BERA - Fungsi Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) bukan sahaja menjadi platform bagi menyediakan pendidikan awal kanak-kanak, tapi turut memainkan peranan penting dalam melakar kisah kejayaan di Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ramai bekas pelajar Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) dan Taman Bimbingan Kanak-kanak (TABIKA) menjadi pemimpin dan mencapai kejayaan dalam kehidupan hasil didikan awal disediakan KEMAS.

“Maknanya, KEMAS ini adalah antara kisah kejayaan kerajaan atau ‘success story’ dan ramai yang berjaya hari ini, yang menjadi pemimpin hari ini, asalnya sebahagian besarnya dididik, mendapat pendidikan awal daripada KEMAS, terutamanya masyarakat luar bandar.

“Sebab itulah kerajaan sentiasa menyokong KEMAS dan di Bera, saya mengambil pendirian sejak daripada mula saya menjadi Ahli Parlimen Bera, untuk menjadikan pendidikan sebagai agenda utama, bukan sahaja di peringkat KEMAS tapi di peringkat sekolah dan sebagainya,” katanya ketika berucap merasmikan Program Jom Masuk Kampung dan Hari Potensi KEMAS Parlimen Bera di padang awam FELDA Triang 3, di sini, hari ini.

Turut hadir pada program itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerja Raya dan Kemudahan Asas Pahang, Datuk Seri Norolazali Sulaiman dan Ketua Pengarah KEMAS, Datuk Mohammad Yasid Bidin.

Ismail Sabri turut memaklumkan kerajaan memperuntukkan RM140 juta tahun ini bagi Program Bantuan Makanan Tambahan (PBMT) untuk kanak-kanak di TABIKA dan TASKA di seluruh negara.

Katanya, program ini memberi manfaat kepada 225,281 kanak-kanak di TABIKA dan 9,716 kanak-kanak di TASKA kendalian KEMAS.

Dalam ucapannya Perdana Menteri turut menjelaskan, program Jom Masuk Kampung dilaksanakan KEMAS mampu meningkatkan kefahaman rakyat mengenai dasar dan kejayaan dicapai kerajaan.

“Melalui program ini (Jom Masuk Kampung), semua dasar dan polisi kerajaan boleh diperjelaskan kepada rakyat bagi mengelakkan daripada mereka terkeliru dengan kempen dan fitnah disebarkan terhadap kerajaan.

“Jadi, saya harap program Jom Masuk Kampung ini dapat (membantu) memberikan maklumat tepat kepada rakyat,” katanya. - Getaran, 20 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Dana RM700 Juta: 'Ya, Kami Ambil Keterangan Ismail Sabri' - SPRM

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Semua Tabika, Taska Kemas Perlu Tangguh Aktiviti Luar Bilik Darjah Jika Cuaca Terlalu Panas

3

Politik 3 tahun yang lalu

RoS Perlu Tangguh Pemilihan UMNO Hingga Siasatan Selesai? Ini Pandangan Pakar

4

Politik 3 tahun yang lalu

Tidak Bersara, Ismail Sabri Akan Terus Aktif Politik Walaupun Bukan Lagi Naib Presiden

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 10 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad