web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


RM6.3 Bilion Untuk Projek Mitigasi Banjir Selangor - PM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Aug 2022 5:28PM

Ismail Sabri Yaakob - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM -  Banjir besar di Selangor sepert tahun lalu dijamin tidak akan berulang, dengan peruntukan berjumlah RM6.3 bolion bagi melaksanakan pembangungan insfrastruktur dan penyampaian perkhidmatan di negeri tersebut.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, peruntukan berkenaan sudah diluluskan Putrajaya di bawah Rolling Plan Kedua 2022 Rancangan Malaysia Ke-12.

Antara perincian penting yang bakal dilaksanakan ialah lima projek mitigasi banjir di Selangor dengan peruntukan sebanyak RN4.7 bilion, kata Ismail Sabri.

“Usaha ini akan dipercepat bagi mengelakkan banjir besar yang menjejaskan kesejahteraan rakyat dan ekonomi negeri berulang,” katanya pada acara Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia di Stadium Malawati di sini hari ini.

“Kerajaan juga akan mengambil langkah proaktif untuk merancang pendekatan baharu, termasuk pembinaan infrastruktur yang lebih komprehensif dan lestari.”

Selaras dengan aspirasi ‘Satu Keluarga, Satu Rumah’ katanya, 14,238 unit kediaman di Selangor telah siap sepenuhnya, sehingga Jun lalu, di bawah pelbagai projek perumahan seperti Projek Perumahan Rakyat dan Perumahan Penjawat Awam Malaysia.

"Usaha menyediakan rumah untuk keluarga Malaysia, terutama bagi golongan B40 dan M40 terus menjadi agenda utama kerajaan.” katanya. 

Mengulas perkara berbeza, Ahli Parlimen Bera itu berkata 400,000 pekerjaan telah diisi di seluruh negara sejak skim jaminan pekerjaan itu dilancarkan tahun lepas.

“Sejak setahun lalu, kadar pengangguran juga menurun kepada 3.8 peratus pada Jun 2022, iaitu jumlah terendah sejak wabak COVID-19, iaitu 4.6 peratus pada Ogos 2021.” katanya. 

Di samping itu, bagi mengurangkan tekanan inflasi terhadap rakyat, beliau berkata kerajaan telah membelanjakan RM77.3 bilion untuk subsidi yang merupakan jumlah terbesar dalam sejarah negara dan ia meliputi petrol, diesel, gas petroleum cecair, minyak masak, tepung serta elektrik.

Sementara itu, Perdana Menteri turut melahirkan keyakinan bahawa pelabur asing akan kembali memeriahkan Malaysia bagi mengembangkan perniagaan mereka berikutan hasil dasar yang dilaksanakan kerajaan. 

“Sejak sembilan bulan lalu, negara kita merekodkan nilai pelaburan langsung asing (FDI) sebanyak RM74.1 bilion, mengatasi FDI tahunan bagi tahun 2021, 2020, 2019 dan 2018.” – The Vibes, 19 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

7 Ajaran Sesat Dikenal Pasti Di Selangor Dalam Tempoh 5 Tahun

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Kematian Pegawai Kanan Polis Tiada Unsur Jenayah - Shazeli

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Selangor Taja 75 Individu Tunai Ibadah Haji Tahun Ini

4

Gaya 6 bulan yang lalu

Magika Studios Tarikan Eko-Pelancongan Dan Edutainment Baharu Di Selangor

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar