Berita Terkini

15 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


'Hidup Saya, Kebebasan Dan Hak Untuk Perbicaraan Adil Jadi Pertaruhan' - Najib

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Aug 2022 8:54PM

Najib Razak pada sidang media hari ini. - Gambar oleh Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini merakamkan bantahan keras terhadap perjalanan prosiding rayuan kes SRC International Sdn Bhd, yang menurutnya melibatkan hidup, kebebasan dan haknya untuk perbicaraan yang adil kini menjadi pertaruhan.

“Sebagaimana yang anda semua tahu, peguam saya telah mengatakan bahawa mereka tidak mahu meneruskan (pembelaan) disebabkan fakta bahawa mereka mempunyai masa yang terhad untuk membuat persediaan.

“Malangnya mahkamah tidak membenarkan mereka untuk menarik diri, termasuk pasukan peguam cara saya,” katanya dalam persidangan media di Istana Kehakiman di sini hari ini.

Najib berkata natijahnya, pembelaan tidak dapat ditampilkan di mahkamah hari ini, dan hanya pihak pendakwaan yang dapat menyampaikan hujah mereka.

Bekas Perdana Menteri itu berkata ia adalah suatu keadaan yang belum pernah berlaku, yang menyaksikan pembelaan dibiarkan tanpa peguam dalam kes yang berprofil tinggi.

"Perkara ini sangat serius dan saya harap mahkamah akan mengambil kira dan mengambil langkah-angkah pembetulan," katanya sambil menambah bahawa peguamnya sebelum ini Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah telah melakukan tugas yang hebat semasa mewakilinya, namun pihaknya telah ‘gagal’ di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.

Najib berkata beliau mahu mendapatkan khidmat Peguam Diraja untuk mewakilinya tetapi permohonan itu juga ditolak Mahkamah Tinggi.

“Dalam keadaan demikian, saya tiada pilihan selain mencari pasukan baharu kerana saya mahukan perspektif baharu kepada kes saya, dan itulah sebabnya saya memutuskan untuk melantik Hisyam Teh Poh Teik dan Datuk Mohd Zaid Ibrahim sebagai pasukan peguam cara, ” katanya.

Najib menjelaskan bahawa apabila adanya pasukan pembelaan baharu, terutamanya dalam kes yang sangat kompleks yang melibatkan hampir 200 jilid dokumen yang perlu difahami dan diproses oleh peguam, itulah sebabnya Hisyam memohon masa yang munasabah untuk pasukan itu bersedia sepenuhnya.

“Sekali lagi kami dinafikan, dan mereka (peguam) tiada pilihan selain memohon untuk menarik diri, namun tidak dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan. Saya kini dibiarkan tanpa pembelaan sebenarnya,” katanya.

Hisyam Teh Poh Teik - Gambar oleh Azim Abd Rahman
Hisyam Teh Poh Teik - Gambar oleh Azim Abd Rahman

Sementara itu, Hisyam berkata beliau tidak berada dalam kedudukan untuk mengambil bahagian dalam prosiding rayuan kerana tidak diberi masa untuk membuat persiapan yang sewajarnya bagi pembelaan Najib.

“Dalam keadaan itu, saya tidak dapat memainkan peranan yang berkesan. Jadi, pada dasarnya, Datuk Seri (Najib) tidak mempunyai wakil dari segi undang-undang,” kata peguam itu.

Najib sedang membuat rayuan terhadap sabitan dan hukumannya dalam kes penyelewengan RM42 juta membabitkan dana SRC.

Rayuan berkenaan adalah yang terakhir bagi Najib selepas panel tiga hakim Mahkamah Rayuan pada 8 Disember tahun lepas mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta yang dikenakan ke atasnya oleh Hakim Mahkamah Tinggi ketika itu Mohd Nazlan pada 28 Julai 2020. - Bernama

Sorotan

1

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

2

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

3

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

4

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

5

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

6

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

ANAK: Individu Tanpa Kerakyatan Menjadi ‘Hantu’ Di Negara Sendiri

Semasa 12 jam yang lalu

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

oleh Diyana Nawwar

Semasa 17 jam yang lalu

APM Selamatkan Kanak-kanak Terperangkap Dalam Kereta Di Bukit Bintang

Semasa 1 hari yang lalu

Pengurangan Pencemaran, Penggunaan Plastik Tanggungjawab Semua Pihak

oleh Fida Ruzki