web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Litar Khusus Perlumbaan Drag Mampu Bendung Aktiviti Lumba Haram 

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Aug 2022 8:51PM

Mokhzani Mahathir - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Cadangan kerajaan mahu membina sebuah litar khusus bagi perlumbaan drag di setiap negeri mampu membendung masalah perlumbaan haram yang kian berleluasa.

Presiden Persatuan Sukan Permotoran Malaysia (MAM), Tan Sri Mokhzani Mahathir berkata, beliau sebagai antara ahli sukan permotoran amat mengalu-alukan cadangan tersebut, kerana ia turut berfungsi mengembangkan sukan berkenaan di Malaysia.

Katanya, langkah sebegitu diperlukan memandangkan ramai yang sudah kehilangan nyawa akibat lumba haram di Malaysia.

“Kita telah lihat banyak kejadian tidak diingini berlaku akibat lumba haram, termasuk nahas yang mengorbankan enam pemuda di Georgetown, Pulau Pinang dan Pasir Gudang, Johor baru-baru ini,” katanya kepada The Vibes.

Bagaimanapun, Mokhzani berkata, aspek paling penting dalam rancangan kerajaan itu adalah memastikan litar tersebut memenuhi piawaian keselamatan.

"Apa yang kami mahu ada dalam sukan permotoran ialah budaya keselamatan dan disiplin yang akan mendorong orang ramai memilih hanya untuk berlumba di kemudahan yang dibina khas ini.

“Menyediakan saluran yang sesuai serta selamat bagi pelumba adalah lebih wajar daripada menambah jumlah denda atau melaksanakan hukuman penjara ke atas mereka,” katanya.

Datuk Jonathan Yasin - Gambar Bernama
Datuk Jonathan Yasin - Gambar Bernama

Di Dewan Negara baru-baru ini, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Jonathan Yasin berkata, kerajaan merancang untuk membentangkan pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987, dengan mencakupi tindakan ke atas penonton lumba haram serta bengkel yang terbabit mengubahsuai motosikal digunakan.

“Kita perlu mendidik orang ramai tentang keselamatan ketika memandu dan menunggang.

“Ini termasuk memastikan kemudahan perlumbaan dibina mengikut piawaian keselamatan yang mampu memupuk budaya mementingkan keselamatan dalam diri orang ramai.

“Apabila Litar Antarabangsa Sepang (SIC) mula-mula dibuka, tahap profesionalisme dan kesedaran mengenai aspek keselamatan dalam kalangan petugas sokongan, mekanik, sehinggalah kepada penunggang dan pemandu meningkat.

“Itulah yang kita mahu lakukan menerusi kerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan dan mana-mana pihak lain yang ingin membina litar perlumbaan di negara ini,” jelas Mokhzani.

Azhan Shafriman Hanif - Gambar oleh Abdul Razak Latif
Azhan Shafriman Hanif - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SIC, Azhan Shafriman Hanif turut menyambut baik seruan Mokhzani untuk memastikan kemudahan itu dibina mengikut piawaian keselamatan ditetapkan.

“Rancangan kerajaan ini adalah satu inisiatif yang baik untuk membantu sukan permotoran Malaysia. Tetapi aspek keselamatan perlumbaan adalah sesuatu yang harus diberi lebih perhatian.

"Memiliki kemudahan perlumbaan di seluruh negara sudah pasti satu perkara yang baik kerana perlu ada lebih banyak tempat untuk orang ramai terlibat dalam sukan permotoran," katanya.

Azhan berkata, rancangan untuk membina jalur seret di litar Sepang sentiasa dalam perancangan tetapi terpaksa ditangguhkan kerana kekangan bajet. - The Vibes, 18 Ogos 2022

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad