web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ada Perincian Laporan JKSTUPKK LCS Sudah Dipadam

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Aug 2022 2:40PM

Laporan melibatkan skandal kapal tempur pesisir telah dipadam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Beberapa perincian dalam Laporan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) melibatkan skandal kapal tempur pesisir (LCS) yang sudah dinyahklasifikasi didapati telah dipadamkan.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Kewangan dan Pembangunan) di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Sollehuddin Alyubi Zakaria menerusi satu notis yang dihantar kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Menurut beliau, perincian tersebut dipadam selepas dinasihatkan oleh Pejabat Peguam Negara.

“Ia melibatkan perenggan 2.39.1, 2.39.2, 2.39.4, and tables 9, 10, 11 and 18,” katanya.

Antara yang dipadam ialah nama ahli lembaga pengarah dan pemegang taruh Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS), status pinjaman BNS setakat Mei 2019 dan terma pinjaman serta maklumat berkenaan Perstim Industries Sdn Bhd.

Jawatankuasa berkenaan menerusi laporan terbabit mencadangkan dua perkara, sama ada meneruskan atau membatalkan keseluruhan projek terbabit.

Jika ia diteruskan cadang jawatankuasa itu, BNS perlu menyediakan rekaan terperinci dan Kementerian Pertahanan harus menyediakan tarikh akhir yang jelas secara bertulis.

Jawatankuasa terbabit juga mencadangkan, kerajaan mengekalkan kawalan ketat ke atas bayaran kepada BNS bagi memastikan ia hanya digunakan untuk projek tersebut.

Pada masa sama, kerajaan juga perlu menguatkuasakan ganti rugi tertentu atau pampasan awal atas kemungkinan kerugian yang diakibatkan oleh perlanggaran kontrak terhadap BNS bagi setiap LCS.

Bagaimanapun jawatankuasa itu berkata, kerajaan diminta menimbangkan beberapa perkara jika mahu membatalkan projek berkenaan. Setakat ini, kerajaan telah membelanjakan RM5.94 bilion untuk kesemua enam LCS, dengan harga siling RM9 bilion.

Baki RM3.188 bilion itu tidak mencukupi untuk menampung sisa projek kerana pencapaian fizikal keenam-enam kapal masih berbaki 63.25 hingga 100 peratus.

Berdasarkan rekod pada 31 Mei 2019, BNS juga berdepan masalah kewangan dan syarikat itu berhutang RM956.89 juta dengan institusi kewangan dan RM801.11 juta lagi dengan pembekal peralatan.

Melantik kontraktor baharu sambil menggunakan kemudahan BNS untuk menyempurnakan keseluruhan pembinaan kapal juga akan meningkatkan kos projek dan tidak memberikan manfaat kepda kerajaan, kata laporan itu.

“Jawatankuasa berpandangan, kerajaan perlu menimbangkan pilihan pertama (meneruskan projek). Bagaimanapun, jawatankuasa terlibat mencadangkan Kementerian Pertahanan membentangkan semua penemuan, implikasi kewangan ke atas kerajaan serta hala tuju projek kepada kerajaan pada kadar segera, dan membuat keputusan tepat berhubung pembinaan keenam-enam kapal,” kata laporan itu lagi.

Sebagai kesimpulan, laporan terbabit mendapati pengurusan kontrak perbekalan oleh kementerian adalah lemah dan sebahagian daripada klausa kontrak tidak menjaga kepentingan kerajaan atau mengambil kira peraturan dan prosedur yang sedang berkuat kuasa.

“Syarikat BNS juga didapati mempunyai kelemahan dari aspek pengurusan dan kekangan kewangan yang amat kritikal.

“Kelemahan klausa kontrak dan syarikat BNS telah menjurus kepada kelewatan pelaksanaan pembinaan enam kapal LCS tersebut,” katanya.

Laporan itu juga membayangkan, ada penglibatan pentadbir sebelum kontrak ditandatangani, yang membawa kepada perubahan rekaan kapal di bawah Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). – The Vibes, 17 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Kapal Tempur Pesisir Pertama Dijangka Turun Ke Air Pertengahan Tahun Ini

2

Politik 3 tahun yang lalu

UMNO Mahu PRU-15 Disegerakan Kerana Sokongan Melayu Merudum - Rafizi

3

Semasa 3 tahun yang lalu

‘Saya Akan Puji Hishammuddin Jika Projek LCS Siap Ikut Jadual’

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Siarkan Laporan Lengkap Forensik LCS Tanpa Sebarang Maklumat Dipadamkan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Politik 15 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad