Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


UMNO Mahu PRU-15 Disegerakan Kerana Sokongan Melayu Merudum - Rafizi

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Oct 2022 1:00PM

Rafizi berkata, trend itu yang juga menandakan kemerosotan sokongan terhadap BN. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Sampel tinjauan terbaharu pengundi Melayu oleh PKR menunjukkan sokongan terhadap Pakatan Harapan (PH) perlahan-lahan kembali selepas kontroversi Kapal Tempur Pesisir (LCS), dan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dipenjarakan atas kes rasuah.

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, trend itu yang juga menandakan kemerosotan sokongan terhadap Barisan Nasional (BN), menunjukkan orang ramai sudah muak dengan skandal kewangan berterusan di bawah parti itu selain peningkatan kos sara hidup.

Katanya, kajian terbaharu yang didakwanya dibuat secara saintifik menunjukkan sokongan terhadap UMNO dalam kalangan orang Melayu merosot kepada 18 peratus pada September berbanding 27 peratus pada bulan sebelumnya.

“Ia adalah perubahan ketara sebanyak sembilan peratus. Apabila PH bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2013, peralihan undi Melayu hanya lima peratus. Ia meningkat kepada tujuh peratus pada 2018 dan kini kami mengalami perubahan sebanyak sembilan peratus.

“Ada sesuatu yang tidak kena dengan UMNO membuat dakwaan mendapat sokongan,” katanya.

Beliau memberitahu orang ramai yang hadir dalam ceramahnya di Sg Ara di sini malam tadi bahawa PH perlu memberi tumpuan untuk mendapatkan semula kedudukan di kalangan pengundi atas pagar, terutamanya apabila terlintas di fikiran mereka sama ada PH boleh menang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Saya akan beritahu anda sekarang bahawa ada peluang untuk PH menang, terutamanya apabila orang ramai mula mengecam sikap angkuh bagaimana UMNO mahu mengadakan pilihan raya semasa musim banjir (berdasarkan corak cuaca monsun timur laut),” katanya.

Beliau berkata, UMNO mahu mempercepatkan pilihan raya kerana mereka juga dimaklumkan mengenai kemerosotan sokongan, terutama selepas Najib menjalani hukuman penjaranya.

Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang bermesyuarat pada Jumaat memutuskan PRU-15 perlu diadakan tahun ini.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan memberitahu pemberita selepas mesyuarat itu bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang juga Naib Presiden UMNO akan mempersembahkan cadangan tarikh yang sesuai kepada Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen agar PRU-15 diadakan pada tahun ini.

“Namun sebaliknya, UMNO menuduh PKR takut sedangkan pada hakikatnya, mereka yang bimbang dengan kemerosotan sokongan terhadap parti itu.

“Jika mereka yakin dengan sokongan orang Melayu, mereka boleh menunggu hingga musim banjir berakhir untuk mengadakan PRU-15.

“Mengapa tergesa-gesa mengadakan pilihan raya yang akan menyebabkan banyak nyawa terkorban dan menyusahkan pengundi?,” soalnya.

Tegas beliau, PKR tidak takut dengan pilihan raya, kerana parti itu sudah biasa menang dan kalah, dan ia juga telah dikhianati berkali-kali.

Bagaimanapun, katanya, parti itu mahu pilihan raya diadakan kemudian bagi memberi tumpuan kepada persiapan menghadapi banjir terlebih dahulu.

Tambahnya, beberapa pemimpin UMNO mahu mengadakan pilihan raya sekarang kerana mereka takut kehilangan sokongan dalam kes mahkamah, bukannya kehilangan sokongan di kalangan pengundi.

Masalah kewangan melanda rakyat

Rafizi juga mendedahkan bahawa beliau melakukan perbandingan harga makanan di Malaysia dan Thailand.

Beliau turut memberi contoh Sistem Transit Bangkok iaitu perjalanan dari lapangan terbang antarabangsanya ke ibu kota Thailand hanya berharga RM9.

Di Malaysia, perjalanan dari KL Sentral ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang berharga RM55.

“Harga telur separuh masak di Bangkok ialah 40 sen manakala di Kuala Lumpur 90 sen. Perlukah kita katakan lebih banyak lagi?” soalnya.

Beliau berkata, sebabnya Malaysia adalah pengimport makanan dengan kebanyakan barangan harga dalam dolar Amerika Syarikat (AS).

Susulan itu, katanya, akan terdapat peningkatan dalam kos yang disalurkan kepada pengguna berikutan nilai ringgit yang semakin lemah berbanding dolar.

Selain itu, beliau berkata, aliran keluar dana modal disebabkan ketidakstabilan politik negara, skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dan kontroversi LCS turut melemahkan ringgit.

Laporan audit forensik mengenai perolehan kapal LCS bernilai RM9 bilion selama dua tahun lalu yang didedahkan baru-baru ini menyerlahkan segala bentuk penyelewengan kewangan, dengan tiada satu pun daripada sembilan kapal tempur diserahkan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia. - The Vibes, 2 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

'Kita Dengar, Kita Jelaskan Dan Kita Ambil Tindakan' - Rafizi

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Lebih Sejuta Sudah Mendaftar Dengan PADU - Rafizi

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Data PADU Tidak Akan Diintegrasi Dengan Sistem Bank - Rafizi

4

Politik 3 bulan yang lalu

Rafizi Rancang Podcast YBM Bermula 8 Januari 

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

Semasa 1 hari yang lalu

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Semasa 21 jam yang lalu

6 Warga Asing Ditahan Dalam Operasi Di Kondominium Mewah

Semasa 21 jam yang lalu

Henti Ambil Kesempatan Isu Stoking Kalimah Allah - Agong

oleh Sophia Ahmad