web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Syed Saddiq Antara 10 Dipanggil Beri Keterangan Esok

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Aug 2022 9:53PM

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ketika berucap pada Perhimpunan ‘Mana Kapal LCS’ Ahad lalu. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman antara 10 individu yang dipanggil untuk memberi keterangan berhubung Perhimpunan ‘Mana Kapal LCS’ esok.

MUDA memaklumkan beberapa pemimpinnya yang turut dipanggil termasuk Setiausaha Agung, Amir Hadi; Ketua Penerangan, Luqman Long dan Mahasiswa MUDA, Muhammad Syahmi.

“Esok, 10 individu dipanggil untuk siasatan pihak polis terhadap protes ‘Mana Kapal LCS’ di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada jam 3 petang,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Selain itu, enam lagi individu yang dipanggil adalah peguam, Siti Kassim; Timbalan Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH), Abbas Salimmi; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Pinji, Howard Lee; Sheikh Omar Bagharib Ali; Sevan Doraisamy dan Usaid Muhamad Asmadi.

Pada Ahad lalu, seramai 200 peserta berhimpun di pekarangan sebuah kompleks beli-belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman dekat sini, bagi menunjukkan bantahan terhadap tindakan kerajaan yang didakwa terbabit salah urus projek kapal tempur pesisir (LCS).

Perhimpunan yang berlangsung selama sejam setengah itu diadakan secara aman tanpa sebarang insiden tidak diingini.

Peserta hanya melaungkan ketidakpuasan hati mereka sambil memegang plakad dan kain rentang tertera beberapa slogan. - Getaran, 16 Ogos 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 7 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad