web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tiada Lagi Pembekuan, Permohonan 400,000 Pekerja Asing Diteruskan - Saravanan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Aug 2022 9:10PM

M. Saravanan - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Permohonan bagi pengambilan pekerja warga asing tidak lagi dibekukan bermula Jumaat ini, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan.

Beliau berkata walaupun telah diputuskan untuk dihentikan sementara sebelum ini, keputusan baharu itu dibuat selepas mengambil kira permintaan pihak industri.

“Saya telah putuskan untuk luluskan (permintaan industri), jadi tiada pembekuan lagi… kita terima proses permohonan baharu mulai Jumaat.

“Kita juga bersetuju agar semua permohonan yang diterima berhubung pengambilan 400,000 pekerja asing sebelum ini diteruskan sebelum hujung bulan,” katanya kepada pemberita selepas perjumpaan bersama persatuan perniagaan di Wisma HRD Corp di sini hari ini. 

Saravanan berkata bagi memahami isu pekerja asing dengan lebih baik, pihaknya juga telah menubuhkan satu jawatankuasa khas membabitkan 15 ahli daripada industri dan lima wakil Kementerian Sumber Manusia. 

“Jawatankuasa ini akan mengadakan perbincangan segera apabila perlu, sebab kita perlu membantu mereka (industri) untuk pulihkan ekonomi.

“Hari ini, kita telah lihat kadar pengangguran dah mulai turun dan merupakan satu perkara yang baik. Oleh itu, kalau kita bantu pihak industri, mungkin kita akan dapat atasinya dengan lebih baik,” katanya. 

Mengenai permintaan pihak industri untuk menangguhkan pelaksanaan pindaan Akta Kerja 1955 berhubung pengurangan waktu kerja mingguan daripada 48 kepada 45 jam, Saravanan berkata ia perlu dibincangkan bersama Perdana Menteri dan Jemaah Menteri di Kabinet. 

“Ada dua jenis maklum balas diterima berhubung pindaan ini iaitu dari sudut pandangan pekerja, mereka minta kita (KSM) mempercepat implementasi untuk 15 juta pekerja. 

“Apabila kita bincang dengan pihak industri pula, mereka minta kita tangguhkan kerana mereka baru pulih daripada kelembapan ekonomi. Saya faham permintaan kedua-dua pihak maka kita akan bincang, buat sesuatu (keputusan) yang terbaik,” katanya.

Pindaan ke atas Akta Kerja 1955 berhubung pengurangan waktu kerja mingguan daripada 48 kepada 45 jam itu akan berkuat kuasa pada 1 September ini.

Di bawah peraturan baharu itu, pekerja dibenarkan bekerja mengikut kesesuaian tempat, waktu dan hari bekerja termasuklah bekerja dari rumah ketika situasi kecemasan seperti pandemik COVID-19.

Pindaan itu bertujuan menjaga kebajikan pekerja dan memberi kelonggaran dalam waktu kerja selaras dengan Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO). - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar