web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Polis Panggil 13 Peserta ‘Mana Kapal Tempur Pesisir (LCS)’ Beri Keterangan Esok

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Aug 2022 8:43PM

Kesemua 13 individu yang dipanggil itu merupakan antara yang hadir dan turut berucap semasa perhimpunan berkenaan. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seramai 13 individu akan memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi esok berhubung siasatan perhimpunan ‘Mana Kapal Tempur Pesisir (LCS)’ yang diadakan di hadapan sebuah pusat beli-belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Ahad lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata kesemua individu berkenaan merupakan antara yang hadir dan turut berucap semasa perhimpunan berkenaan.

“Kita akan terus melakukan siasatan bagi melengkapkan kertas siasatan sebelum dirujuk kepada pihak Pendakwa Raya seberapa segera yang boleh,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) antara Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dan Polis Kontinjen Kuala Lumpur di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini. 

MoA itu ditandatangani Pemangku Ketua Pengarah YaPEIM Awang@Musran Tawil dan Ketua Jabatan Pengurusan Polis Kontinjen Kuala Lumpur SAC Muhammad Idzam Jaafar.

Ia bagi mengukuh hubungan kedua-dua pihak yang bersifat kerjasama pintar dalam memberi pengkhususan mengumpul dan mengagihkan dana yang diterima oleh YaPEIM melalui Skim Infaq Gaji sumbangan pegawai dan anggota polis Kuala Lumpur.

Ahad lepas, Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya dilaporkan berkata kertas siasatan telah dibuka berkaitan perhimpunan berkenaan di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana mengadakan perhimpunan tanpa notis. 

Beliau berkata kira-kirai 60 individu terdiri daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), mahasiswa, ahli parti politik serta beberapa individu yang dikenal pasti dan belum dikenal pasti telah berhimpun di kawasan terbabit bermula 2 petang. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Syed Saddiq Jangan Alih 'Tiang Goal' Isu Sebenar LCS, Permohonan MUDA Bersama PH Perlu Dinilai

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Prosiding LCS: PAC Rakam Keterangan 3 Saksi

3

Semasa 3 tahun yang lalu

LCS: PAC Lawat TLDM Lumut, Mula Prosiding Sabtu Ini

4

Semasa 3 tahun yang lalu

LCS: MOF Tubuh SPV, Ambil Alih BNS Sebagai Anak Syarikat - Mohamad

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 12 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 12 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 7 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad