web statsweb stats

Berita Terkini

22 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 22 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Najib, Peguam Kecewa Keputusan Mahkamah Persekutuan Tolak Permohonan Kemuka Bukti Baharu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Aug 2022 8:28PM

Dari kiri Najib Razak, Zaid Ibrahim dan Hisyam Teh pada sidang media yang diadakan di lobi Istana Kehakiman hari ini. - Gambar oleh Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan barisan peguam pembelaannya melahirkan rasa kekecewaan terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak permohonan untuk memasukkan bukti baharu dalam kes penyelewengan dana bernilai RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Pada masa sama, Datuk Zaid Ibrahim turut mengecam kritikan diterimanya selepas mewakili Najib dalam kes tersebut.

Zaid dalam sidang media di lobi Istana Kehakiman di sini berkata, beliau amat sedih selepas pihaknya dikecam kerana mengambil alih kes tersebut pada saat-saat akhir.

Katanya, beliau tidak akan mengambil alih kes itu sekiranya ia tiada asas.

“Tiada rasa hormat kepada orang seperti kami (barisan peguam pembelaan). Mereka menghentam secara sembrono dan sangat angkuh dengan orang lama,” katanya.

Zaid Ibrahim - Gambar oleh Azim Abd Rahman
Zaid Ibrahim - Gambar oleh Azim Abd Rahman

Beliau berkata demikian bagi menjawab kritikan diterima pihaknya selepas mengambil alih kes penyelewengan tersebut pada saat-saat akhir.

Najib menukar pasukan peguamnya 21 hari sebelum rayuan dengan melantik Hisyam Teh Poh Teik sebagai peguam utamanya, manakala Tetuan Zaid Ibrahim Suflan TH Liew & Partners' (ZIST) rakan kongsi Liew Teck Huat dan Rueben Mathiavaranam menjadi peguam cara baharunya untuk rayuan itu.

Najib Razak (tengah) pada sidang media hari ini. - Gambar oleh Azim Abd Rahman
Najib Razak (tengah) pada sidang media hari ini. - Gambar oleh Azim Abd Rahman

Sementara itu, Najib berkata, bukti baharu yang cuba dikemukakannya amat penting bagi kes tersebut.

"Saya terkejut. Saya kecewa dengan keputusan mahkamah yang tidak membenarkan saya memasukkan bukti baharu yang saya sesungguhnya percaya hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali mempunyai konflik kepentingan yang tinggi.

"Beliau pastinya mempunyai pengetahuan peribadi yang dalam tentang semua transaksi berkaitan dana 1MDB dan juga SRC, selain penyiasatan berkaitan penglibatan beliau dalam Maybank oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," katanya.

Bagi Hisyam pula, beliau seolah-olah hilang kata-kata dan kecewa dengan pendirian diambil Mahkamah Persekutuan.

“Kami akan memikirkan secara serius tindakan seterusnya untuk perbicaraan Khamis ini,” katanya.

Terdahulu, panel lima hakim Mahkamah Persekutuan menolak pasukan pembelaan Najib untuk memasukkan bukti tambahan yang dikatakan bukti baharu yang membabitkan kedudukan Mohd Nazlan dalam Kumpulan Maybank, sebelum rayuan akhir kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International yang dihadapi mantan Presiden UMNO itu. - The Vibes, 16 Ogos 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam