web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Mahkamah Persekutuan Tolak Permohonan Najib Kemuka Bukti Baharu Kes SRC

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Aug 2022 3:10PM

Najib Razak ketika tiba di mahkamah hari ini. - Gambar oleh Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk mengemukakan bukti baharu dalam kes penyelewengan dana bernilai RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mengetuai panel lima hakim berkata, mantan Perdana Menteri itu gagal menunjukkan kerelevanan bukti baharu terhadap pertuduhannya.

“Tugas terdahulu dilaksanakan Nazlan (hakim perbicaraan ketika itu, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali) bukanlah satu rahsia hingga penglibatan susulannya menjadi kejutan.

“Kami juga mendapati tiada kaitan antara jawatan Nazlan sebelum ini di bank dan pertuduhan terhadap pemohon sebagai mencadangkan ada konflik kepentingan,” katanya ketika menyampaikan penghakiman beliau.

Bukti cuba dikemukakan Najib di mahkamah adalah berhubung konflik kepentingan yang dikatakan oleh Nazlan ketika perbicaraan SRC International susulan peranannya sebelum ini dalam Maybank.

Nazlan adalah penasihat am dan setiausaha syarikat bagi Kumpulan Maybank dari tahun 2006 hingga 2015.

Pihak pembelaan berhujah bahawa terdapat ‘bahaya sebenar’, iaitu wujud berat sebelah kerana Nazlan sepatutnya terlibat dalam pinjaman RM140 juta bank itu kepada Putra Perdana Development Sdn Bhd dan pinjaman RM4.17 bilion kepada 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Hakim lain ialah Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim serta Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nallini Pathmanathan, Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah. – The Vibes, 16 Ogos 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad